Tajuk yang sama dengan artikel dari Berita Harian kat sini yang ditulis oleh encik Belalang Jalan Riong, aku malas nak pikir tajuk lain.
Dalam artikel tu penulis tu tulis orang yang dikatakan menjadi liabiliti politik bagi BN adalah Nazri Aziz manakala PR adalah Nik Aziz, Karpal Singh dan Anwar. Nazri dah pun jawab dan mengatakan yang dia sebenarnya adalah aset, bukan liabiliti seperti di sini.
Pada pendapat aku pula, yang benar2 menjadi liabiliti politik bagi BN pada musim pemerintahan Najib Razak ini adalah isteri beliau sendiri, Rosmah Mansor. Beliau buatlah apa saja, hatta pergi majlis kahwin Lee Chong Wei dengan Wong Mew Choo pun orang boleh jadikan bahan. Aku tak tau apa lagi yang boleh dia lakukan untuk memulihkan kembali nama dan imej dia di mata kebanyakan rakyat Malaysia yang rata2 dah tak boleh terima dan meluat dengan beliau. Situasinya sama sahaja seperti waktu zaman pemerintahan Pak Lah di mana pada ketika itu Khairy Jamaluddin menjadi liabiliti kepada BN yang juga akhirnya membawa kepada kemerosotan undi terhadap BN pada PRU12 tempoh hari dan seterusnya kejatuhan era Pak Lah menjadi PM. Dan kalau tengok sekarang, Rosmah menjadi target no. 1 oleh pihak PR untuk diserang.
Dan untuk PR, orang yang menjadi liabiliti paling utama adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu sendiri, bukan Nik Aziz atau Karpal Singh, sebab pengaruh Nik Aziz terlalu kuat untuk dijadikan liabiliti, malah boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia lebih senang dan sayang dengan Tok Guru Nik Aziz. Karpal juga dilihat menjadi liabiliti kerana pandangannya yang seringkali menongkah arus dengan PAS, namun kalau dilihat pada Anwar, aku tak rasa ramai penyokong PR sendiri terutama dikalangan orang Melayu yang 'sayang' pada Anwar dan kalau boleh mereka tidak mahu dikatakan mereka menyokong PR atas faktor Anwar, tapi lebih kepada faktor Nik Aziz, negara Islam, PAS atau ABU (Asal Bukan Umno). Sama seperti Rosmah, Anwar pula menjadi orang no. 1 yang seringkali diserang oleh pihak BN.
Dilihat kepada dua liabiliti politik utama ini dari kedua belah pihak, aku rasa dah tiba masanya kedua2 pihak membuat hijrah yang besar dengan mencari seorang ketua baru yang boleh menerajui dan memberi nafas baru kepada kumpulan politik masing2 agar tiada lagi liabiliti politik, at least buat masa sekarang. Takkan dah takde orang lain dari golongan yang lebih muda dan cerdik pandai yang lebih layak mengetuai kumpulan masing2 kot? Aku tak rasa negara kita dah ketandusan pemimpin yang lebih berkaliber untuk memimpin negara.
Salam Maal Hijrah.
Belalang dengar juga perbualan mengenai 'liabiliti politik' akibat tindak-tanduk pemimpin parti. Kata mudah, liabiliti politik ialah beban politik yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah organisasi angkara seseorang anggota atau pemimpin mereka membuat onar. Ia menepati peribahasa 'disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.'
Dalam artikel tu penulis tu tulis orang yang dikatakan menjadi liabiliti politik bagi BN adalah Nazri Aziz manakala PR adalah Nik Aziz, Karpal Singh dan Anwar. Nazri dah pun jawab dan mengatakan yang dia sebenarnya adalah aset, bukan liabiliti seperti di sini.
Pada pendapat aku pula, yang benar2 menjadi liabiliti politik bagi BN pada musim pemerintahan Najib Razak ini adalah isteri beliau sendiri, Rosmah Mansor. Beliau buatlah apa saja, hatta pergi majlis kahwin Lee Chong Wei dengan Wong Mew Choo pun orang boleh jadikan bahan. Aku tak tau apa lagi yang boleh dia lakukan untuk memulihkan kembali nama dan imej dia di mata kebanyakan rakyat Malaysia yang rata2 dah tak boleh terima dan meluat dengan beliau. Situasinya sama sahaja seperti waktu zaman pemerintahan Pak Lah di mana pada ketika itu Khairy Jamaluddin menjadi liabiliti kepada BN yang juga akhirnya membawa kepada kemerosotan undi terhadap BN pada PRU12 tempoh hari dan seterusnya kejatuhan era Pak Lah menjadi PM. Dan kalau tengok sekarang, Rosmah menjadi target no. 1 oleh pihak PR untuk diserang.
Dan untuk PR, orang yang menjadi liabiliti paling utama adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu sendiri, bukan Nik Aziz atau Karpal Singh, sebab pengaruh Nik Aziz terlalu kuat untuk dijadikan liabiliti, malah boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia lebih senang dan sayang dengan Tok Guru Nik Aziz. Karpal juga dilihat menjadi liabiliti kerana pandangannya yang seringkali menongkah arus dengan PAS, namun kalau dilihat pada Anwar, aku tak rasa ramai penyokong PR sendiri terutama dikalangan orang Melayu yang 'sayang' pada Anwar dan kalau boleh mereka tidak mahu dikatakan mereka menyokong PR atas faktor Anwar, tapi lebih kepada faktor Nik Aziz, negara Islam, PAS atau ABU (Asal Bukan Umno). Sama seperti Rosmah, Anwar pula menjadi orang no. 1 yang seringkali diserang oleh pihak BN.
Dilihat kepada dua liabiliti politik utama ini dari kedua belah pihak, aku rasa dah tiba masanya kedua2 pihak membuat hijrah yang besar dengan mencari seorang ketua baru yang boleh menerajui dan memberi nafas baru kepada kumpulan politik masing2 agar tiada lagi liabiliti politik, at least buat masa sekarang. Takkan dah takde orang lain dari golongan yang lebih muda dan cerdik pandai yang lebih layak mengetuai kumpulan masing2 kot? Aku tak rasa negara kita dah ketandusan pemimpin yang lebih berkaliber untuk memimpin negara.
Salam Maal Hijrah.
No comments:
Post a Comment