Suatu hari satu pertempuran telah
berlaku di antara pihak Islam dengan pihak
Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan
hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain.
Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika
dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-
masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para
sahabat telah berkumpul membincangkan tentang
pertempuran yang telah berl

aku itu. Peristiwa yang
baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di
ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu
kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka
iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh,
dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar
membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu,
dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang
dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah
seorang sahabat. Mendengar perkataan itu,
Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia
itu adalah golongan penduduk neraka." Para
sahabat menjadi hairan mendengar jawapan
Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah
berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam
boleh masuk dalam neraka. Para sahabat
berpandangan antara satu sama lain apabila
mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu.
Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu
percaya dengan ceritanya, lantas Baginda
s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar
ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah
mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak
musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan
segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas
tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan
ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata
pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah
kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan
akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati
bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi
membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya
yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan
masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan
dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut
Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman
ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku
berperang bukan kerana agama tetapi hanya
sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya
tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku
berperang hanyalah untuk membela kehormatan
kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan
berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

No comments:
Post a Comment