Thursday, 13 September 2012

Siapa Khidir?

Siapa Khidir?
Ramai ulama berpendapat
bahawa Khidir adalah
seorang nabi Allah, nama
Khidir ini diguna di zaman
Baginda Muhammad saw,
sebelum itu nama penuh
khidir adalah “Balya bin
Malkam”. Ada pendapat
mengatakan beliau adalah
Elia atau St. George,
namun itu bukan
pendapat yang jelas.
Khidir adalah seorang Nabi
dan hamba Allah yang
mempunyai kelebihan
dalam ilmunya
berbanding dengan nabi-
nabi yang sepertimana
yang diceritakan Allah
dalam Al-Quran, Surah Al-
kahfi ayat 65-82, Dimana
Nabi Musa pergi mencari
nabi Khidir untuk
mempelajari ilmu dari nya.
Khidir dari segi bahasanya
bermaksud "seseorang
yang hijau" yang
bermaksud ketenangan
jiwa dari sumber alam
semulajadi.
Yang menariknya, nenek
moyang kita mengatakan
bahawa Muhammad saw
juga dari keturunan Nabi
Khidir, tetapi kepastiannya
masih samar.Yang penulis
tahu, Muhammad saw
adalah dari keturunan
Nabi Ismail as anak
kepada Ibrahim as dan Siti
Hajar. Itu adalah
keturunan yang diakui
sendiri oleh Muhammad
saw. Pendapat nenek
moyang kita yang
mengatakan Muhammad
saw adalah juga dari
keturunan Khidir adalah
melalui satu ilmu untuk
memberi ucapan salam
kepade Khidir, didalam
salam itu tersebut nama
penuh Khidir dan
keturunan nya yang
membawa kepada
Muhammad saw seperti
berikut:
Abu A’bas Khalis Laus
Balya ibni malkam (Khidir)
–ibni Soleh –ibni Faleh –
ibni Fakhas –ibni Syam –
ibni Nuh –Ibni Hasyim
(Keturunan Muhammad
saw)
Namun semua itu adalah
andaian nenek moyang
kita sahaja kerana tidak
ada bukti kesasahihannya,
jadi tidak perlulah
dipangjangkan benda
yang tidak ada kepastian.
Penulis ingin
membicarakan tentang
kaitan Khidir dan para wali
Allah, Ada yang
berpendapat bahawa
sebahagian daripada para
wali itu mempelajari
pelbagai ilmu daripada
nabi Khidir sendiri,
Kesasihannya hanya Allah
yang tahu, para wali ini
dikurniakan oleh Allah
pelbagai Karamah yang
pelik tidak masuk akal dan
kebanyakan dari mereka
disembunyikan oleh Allah
dari pandangan manusia
umum seperti sabda
Muhammad saw,
disembunyikan para wali
Allah itu dari pandangan
manusia. Disebabkan itu
ramai dikalangan para
wali dikaitkan dengan
Khidir as seperti seorang
wali Kutub yang berada di
baghdad yang bernama
Abd Qadir Jailani.
Penulis diberi tahu
bahawa antara beribu-
ribu nabi, (Rujukan
“Mystical Dimensions of
Islam”) hanya ada 4 orang
sahaja nabi yang
mendapat kelebihan
hidup kekal (umur yang
terlampau panjang tetapi
mereka harus wafat
kerana mereka manusia),
mereka adalah nabi Idris
(Enoch), nabi Ilyas (Elias),
nabi Isa (Jesus) dan nabi
Khidir. 2 daripada mereka
berada dilangit iaitu nabi
Isa dan Idris, dan 2 lagi
berada dibumi iaitu nabi
Ilyas dan Khidir. Dimana
tempatnya menjadi rahsia
Allah, menurut Syaikh
Imam M. Ma’rifatullah al-
Arsy, Segitiga Bermuda
merupakan tempat titik
terujung di dunia ini,
disitulah menjadi takhta
semayang nabi Khidir,
namun para perubatan
islam mengatakan
segitiga Bermuda adalah
istana kerajaan iblis, wa-
Allah A’lam.
Khidir dikatakan hidup
kerana ia adalah salah
seorang yang meminum
air yang bernama Ainul
Hayat, menurut yang
diceritakan oleh Baginda
Muhammad, Seorang
pemerintah yang bernama
Iskandar Zulkarnain yang
memiliki wilayah jajahan
dari barat hingga ke timur
seperti yang disebutkan
dalam Al-Quran surah Al-
kahfi, (bukan Alexander
the great kerana
Alexander hidup dan
berkuasa pada zaman
sekitar 380 sebelum
masihi) mempunyai
seorang sahabat karib dan
penasihat bernama Khidir,
beliau didatangi Jibril dan
berkata kepadanya
“barangsiapa yang
meminum ainul hayat,
nescaya Allah akan
mengekalkan hidupnya”.
Lalu, atas dasar ingin
beribadat pada Allah
selama-lamanya, Iskandar
mengerah tenteranya
untuk mencari ainul hayat,
namun tidak dijumpainya,
kemudian Iskandar
bersama sahabat karibnya
sendiri keluar mencari air
tersebut dan dijumpainya
tetapi yang dapat minum,
mandi dan berwuduk
hanya sahabat iskandar
sahaja iaitu khidir.
Menurut riwayat bahawa
sahabat iskandar yang
bernama khidir itulah nabi
khidir.
Nabi Khidir as juga salah
seorang nabi yang
dikatakan telah
menjumpai kesemua nabi
dan rasul yang pernah
diutuskan oleh Allah
bermula dari Adam as
sehingga Muhammad saw.
Riwayat ada mengatakan
nabi khidir pernah
bertanya 1 soalan kepada
semua nabi dan rasul
tetapi hanya seorang
sahaja yang mampu
menjawabnya iaitu
Muhammad saw.
Penulis juga pernah
membaca beberapa buah
buku yang menceritakan
beberapa peristiwa
kemunculan Khidir
dizaman para sahabat,
antara yang menarik ialah
kemunculan Khidir selepas
kewafatan baginda
Muhammad saw untuk
menziarahi baginda buat
kali terakhir sebelum
dikebumikan.
Berkata Ibnu Abu Dunia,
yang didengarnya dari
Kamil bin Talhah, dari
Ubad bin Abdul Samad,
dari Anas bin Malik,
mengatakan: “Sewaktu
Rasulullah SAW wafat,
berkumpullah sahabat-
sahabat beliau di
sekeliling jenazahnya
menangisi kewafatan
baginda. Tiba-tiba datang
kepada mereka seorang
lelaki yang bertubuh
tinggi memakai kain
panjang. Dia datang dari
pintu dalam keadaan
menangis. Lelaki itu
menghadap kepada
sahabat-sahabat dan
berkata: “Sesungguhnya
dalam agama Allah ada
pemberi takziah setiap
terjadi musibah, ada
pengganti setiap ada yang
hilang. Bersabarlah kamu
kerana sesungguhnya
orang yang diberi
musibah itu akan diberi
ganjaran.”
Kemudian lelaki itu pun
menghilang daripada
pandangan para sahabat.
Abu Bakar As-Sidiq ra
berkata: “Datang ke sini
lelaki yang memberi
takziah.” Mereka
memandang ke kiri dan
kanan tetapi lelaki itu
tidak nampak lagi. Abu
Bakar berkata: “Barangkali
yang datang itu adalah
Khidir, saudara nabi kita.
Beliau datang memberi
takziah atas kewafatan
Rasulullah SAW.”
Namun dikatakan hadis ini
adalah hadis daif dan
Ubad yang meriwayatkan
hadis ini tidak di iktiraf
oleh Imam Bukhari.
Kesimpulan yang kita
dapat buat adalah, siapa
pun Khidir, darimana dia
berasal dan dimana dia
tinggal, dia tetap seorang
hamba Allah yang berupa
manusia yang terikat pada
fitrah kejadian. Merujuk
kepada petua nenek
moyang kita yang
mengatakan nabi khidir
yang memengang air
penawar, ia bergantung
pada anda, kalau anda
kata air penawar itu
penawarnya datang dari
Khidir, akidah anda
tepesong sama sekali,
anda sama sekali tidak
boleh meminta kepada
sesiapapun dia hatta nabi
Muhammad sendiri, tetapi
akan boleh sekadar
memberi salam
kepadanya dan
mendoakan sejahtera
untuknya seperti mana
anda ucapkan dalam solat
“assalamu ‘alaina wa ‘ala
‘ibaadillahi solihin” yang
bermaksud salam keatas
diri kami dan keatas
hamba-hambaMu yang
soleh.
Wa Allah-A’lam..

No comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Labels

007 Legends (1) 007 Legends repack (1) 007 Legends-Black Box (1) 007 Legends-Black Box repack (1) 2K Games (1) 2K Marin (1) Action (8) Action RPG (5) Activision Blizzard (3) Alan Wake American Nightmare (1) Alan Wake American Nightmare-Black Box (1) ANARCHY (5) Antara AES dan pemandu kereta perasan bijak (1) antivirus (6) ARTIKEL (90) Bethesda Softworks (2) Binary Domain (2) BioShock 2 (1) BioWare Corporation (1) bitComposer Games (1) Bugbear Entertainment (1) Call of Duty: Modern Warfare 3 (1) Call of Duty: Modern Warfare 3-Black Box (1) CARDING (3) CD Projekt Red Studio (1) CERITA (7) CRACKER (18) Crysis 2 (1) Crytek Studios (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition-Black Box (1) Darksiders (1) Darksiders II (1) Deface (1) Devil's Details (2) Digital Extremes (1) Doom 3:BFG Edition (1) Doom 3:BFG Edition-Black Box (1) EA Sports (1) Electronic Arts Inc. (4) ENGLISH MOVIE (29) Eurocom Entertainment Software (1) event (1) Exploit (76) FABLE III (1) Facebook Game Hack (1) FIFA 13 (1) FIFA 13-Black Box (1) Flashing (1) Flying Wild Hog (1) From Dust (1) From Dust-Black Box (1) From Software (1) gba games (1) Global Ops: Commando Libya (1) Global Ops: Commando Libya-Black Box (1) GORE (1) Hard Reset (1) Hard Reset-Black Box (1) HIJACK (2) History (3) id Software (1) iklan. (4) Infinity Ward (1) INFO (35) iPhone Jailbreak (9) ISU SEMASA (33) JOB (1) JOOMLA (1) KILLUMINATI (7) Konami (1) Lain-Lain Trick (1) LionHead Studios (1) MAKE MONEY (1) MALAY MOVIE (15) Mass Effect 2 (1) Max Payne 3 (1) Max Payne 3-Black Box (1) Maxis (1) Microsoft Game Studios (1) misteri (4) MOBILE (1) MUJAHID (27) music album mp3 (20) n-gage (1) Namco Bandai Games (3) NDS (1) Notepad Trick (1) OS (5) OTHER MOVIE LANGUES (8) PC GAME (141) photo (5) political (2) Pro Evolution Soccer 2013 (1) Pro Evolution Soccer 2013-Black Box (1) Prototype 2 (1) Prototype 2-Black Box (1) PS VITA (4) PS3 GAME (32) PSN GAME (6) PSP (7) PSPGAMES (4) puisi (1) putlocker games (5) Racing (1) Radical Entertainment (1) religion (12) Remedy Entertainment (1) repack game (1) REVEAL (32) Ridge Racer Unbounded-Black Box (1) Rockstar Games (1) S60v2 (1) Samsung U1000 (1) SEGA (2) SEO (2) Shooter (2) Shooting (2) Soalan bocor SPM 2012 ada di sini (1) Soft Skills Guide (1) software (31) Spectral Games (1) Sport (2) Strategy (1) SYSTEME (3) The Darkness II (1) The Darkness II-Black Box (1) The Elder Scrolls V: Skyrim (1) The Elder Scrolls V: Skyrim-Black Box (1) The Sims 3 (1) The Sims 3 Complete (1) The Sims 3 Complete-Black Box (1) The Witcher 2: Assassins of Kings (1) THQ Inc (2) tips (1) TOKOH (1) tool (2) Tutorial (30) TWEAK (6) Ubisoft Studios (1) UNDERGROUND (4) video movie (1) video music (1) Vigil Games (2) Website Hack (1) wii (2) XBOX360 (7) xboxone (1)

Total Pageviews

Blog Archive

LIST