Salam sejahtera ke atas sekalian yang membaca dan yang bakal meneliti artikal ini... moga bakal ade limpah kebaikan mengiringi.... sy harap bakal ade yang membalas artikal ini dengan cara yang sepatutnya dan sewajarnya dalam bentuk ilmiah...
hal yang ingin sy ketengahkan ini berkaitan hukuman Rejam yang terdapat dalam daftar hudud yang mana dalam xsedar menjadi satu alasan menghina agama islam... berkenaan issue rejam... bnyak hal yang boleh jd pertikaian... itu pun kalau benar-benar ingin di amati dan di buat bandingan... terpulang atas daya masing-masing.... sy teruskan saja pada topiknya...
seperti semua sedia maklum... hal berkenaan hukum rejam xterdapat dalam mana-mana dalil al-quran.... walau satu ayat sekali pun... hal ini boleh jd issue dari sudut penerimaan... itu pun bg yg sudi mempertikaikan nya... kita lihat berkenaan hal ini bukan dari sudut anti-hadis... harap maklum.... sebagai contoh... semua suka ambil bandingan dengan solat... kene faham... dalam al-quran terdapat bnyak dalil tentang solat... cuma kaedah, waktu dan tatacara menunaikannya di terangkan dalam hadis... tp sebalik nya tentang hudud... dalam al-quran tiada... TIADA... tp... dalam hadis ade.... bukan sekadar berita malah tatacara dan penerapan hukum juga di ambil dari hadis... keseluruhannya...
kita ambil contoh lain.... hal berkenaan syahadah, rukun islam, rukun iman, malaikat, iblis, syaitan, azab siksa, ganjaran pahala, syurga neraka dan pelbagai perihal lain lagi terdapat dalam al-quran secara dasarnya... dan penerangan serta dalil pengukuhan pula terdapat dalam hadis.... tetapi perihal rejam... tiada di dasari dari al-quran tp hukum dan penerapan terdapat dalam hadis...? malah klasifikasi hukum rejam tergolong dalam hudud iaitu hukum allah... atas perintah allah...???
itu dari sudut keseragaman atau keselarian antara al-quran dan hadis... mari kita lihat pertikaian dari sudut lain pula.... :
kita lihat dari dalil hadis ini.... :
¨ Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”. Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”. Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”. Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari] ¨
bagi musuh-musuh islam... rejam di lihat sebagai satu hukum yg xberperi kemanusian... kalau ikutkan justifikasi tu xberasas... sbb dalam agama mereka juga terdapat hukum yang sama... antara nya terdapat dalam bible... malah terdapat juga dalam taurat.... tp yang pelik....?? kenapa tiada dalam al-quran.... yang mana seiring dengan wujudnya hukum tersebut di dalam injil dan taurat....??? kenapa tiada dalam al-quran...?? menjadi satu persoalan....
melalui hadis di atas... kita dapat nyatakan dari tindakan rasullullah memerintahkan hukuman rejam di jalan kan... tp... timbul lagi persoalan...?? benarkah itu hudud...??? atau takzir....???? jikalau hudud... mengapa ambilan hukumnya dari kitab taurat....????
kita lihat pula ruang longgar tentang rejam dari sudut lain pula :
ramai dari kalangan muslim mempertahankan rejam sebagai hukum hudud... dan menyatakan bahawa ayat tentang hudud di dalam al-quran telah mansukh... tetapi hukum tetap berjalan....?? justeru itu sy harap di rujuk surah al-baqarah ayat 106 di dalam al-quran agar perkara berkaitan mansukh itu jelas...
Terjemahan surah al-baqarah ayat 106 : ¨Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?¨
andai saja ayat tersebut telah di mansukh.... apa releven nya...??? atas sebab ape...??? dan atas dasar apa....??? kalau saja perihal rejam tu dah di mansukh... apa pula gantinya...??? sedangkan dalam al-quran sendiri allah menyebut akan menggantikan nya... yg setara atau lebih baik lagi....
andaikan pula ade yang ingin mengatakan bahawa ayat ini di tuju kepada puak nasara dan yahudi.... maka kita boleh ambil kira... keterangan hukum dalam kitab mereka di mansukh malah di ganti... andaikan hal ini berlaku... secara logik nya mmg wajar hukum rejam itu terbatal atau mansukh... itu secara logik nya.... jd... mmg wajar saja andai dalam al-quran saja yang xterdapat hukum rejam kalau di buat bandingan keberadaan hukum dalam injil mahu pun taurat... kerana hal tersebut sudah di ganti....??? itu secara logik nya....
kita lihat pula hal ini dari bandingan dalil :
Mafhum : Sesungguhnya Allah telah membangkitkan Muhammad secara benar, dan diturunkan kepadanya Quran, dan antara yang telah diturunkan kpdnya adalah ayat berkenaan hukum rejam, maka kami (sahabat) telah membacanya, menyedarinya dan memikirkannya, maka Rasul sendiri telah merejam (penzina) dan kami juga merejamnya selepas itu, maka aku bimbang sekiranya berlalu zaman, akan timbul mereka yg berkata : Kami tidak dapati hukum rejam di dalam Kitab Allah, maka jadilah mereka sesat dgn meninggalkan kefardhuan yang diturunkan Allah, sesungguhnya rejam adalah haq dalam kitab Allah, (dikenakan) bg penzina muhson dari kalangan lelaki dan perempuan.." ( Riwayat Buhkhari hadith no 6829 dan 6830, Kitab al-Hudud dan juga bab2 lain; Muslim no 4394 ; Abu Daud 4418; at-Tirmidzi 1432; Ibn Majah 2553; Tuhfatul asyraf, Imam al-Mizzi 10508)
Imam an-Nawawi menghuraikan athar ini menyatakan bahawa memang ayat rejam telah dimansukhkan, tetapi hanya dimansukhkan pada LAFAZNYA SAHAJA, MANAKALA HUKUMNYA TETAP KEKAL. Maka kisah Umar ini, yang mana beliau menaiki mimbar lalu berucap di hadapan para sahabat tanpa ada sahabat lain mengingkarinya, ini adalah dalil jelas thabit ijma' sahabat terhdp hukuman rejam, walaupun lafaz ayat telah dinasakhkan. Malah Imam Nawawi menyatakan, Umar telah dapat melihat menjangka akan ada kumpulan yang mengingkari rejam samada secara karamah ataupun dari Rasululah sendiri.( al-Minhaj Syarh Muslim, hlm 192)...
dalil dan keterangan di atas ini sy Copy semula dari Ahli Kampung pemikir, sy kredit kepada saudara ¨ Haramkah Namaku Malaikat Maut ¨
dalam keterangan tersebut menyebut bahawa rejam merupakan sebuah kefardhuan... yang mana haq dalam kitab allah.... justeru meninggalkan nya bakal membawa kepada kesesatan dan jadi lah orang-orang yang sesat....??? terus terang... sy xde ilmu untuk menolak keterangan tersebut... malah sy xmampu... tp... andai di rujuk pula pada hadis yang lain.... rujuk di bawah.. :
¨ Ketika Rasulullah saw berada di masjid, dtglah seorg pemuda menghadap beliau dan melaporkan, "Ya Rasulullah, aku tlh berbuat zina." Mendengar pengakuan itu Rasulullah saw berpaling drpnya, sehingga pemuda itu mengulangi pengakuannya sampai 4 kali. Kemudian Rasulullah saw bertanya, "Apakah engkau gila?" Pemuda itu menjawab "Tidak". Rasulullah saw bertanya lagi, "Apakah engkau org muhsan?" Pemuda itu menjwb, "Ya". Maka Rasulullah saw memerintahkan kpd para sahabat, " Bawalah dia pergi dan rejamlah" (riwayat Bukhari) ¨
dalam dalil ini menyebut... rasullullah berpaling... adekah rasullullah mengelak dari kefardhuan....???? semua pun tahu bahawa rasullullah xmenyukai pengakuan itu.... malah lebih baik si polan itu bertaubat nasuha sahaja kepada Allah.... tp perkara yg ingin sy ketengahkan di sini... kenapa perlu di elak dari mendengar pengakuan tersebut andai hal itu sebuah kefardhuan....????? cuba di tinggalkan...???? sesat la andai di tinggalkan merujuk pada 2 penyataan di atas....??? timbul persoalan di benak fikiran... benarkah kefardhuan...? atau takzir hukuman dari pemerintah...??
kita lihat pula pertikaian dari sudut yang lain pula agar kita nmpak point ape sebenarnya yg nk di bangkitkan.... :
berdasarkan beberapa khilaf yang sy kutip dari beberapa buah buku hasil dari bacaan sy pada satu masa dahulu.... ade yang menyata bahawa hal hudud berkaitan zina tiada beza antara sudah berkahwin atau pun yg bujang teruna... dalam khilaf tersebut mereka memberi dalil
Maksudnya :Pezina-pezina perempuan dan lelaki hendaklah kamu jilid tiap-tiap seorang daripadanya dengan 100 kali jilid.
Ayat di atas menjelaskan hukuman jilid dan bukan rejam dengan tidak membezakan di antara teruna dengan dara.... sedangkan Hukuman rejam adalah yang paling berat dalam Islam oleh itu hendaklah disabitkan dengan dalil yang qat’i iaitu dengan Al-Quran atau Sunnah yang mutawatir.... Sedangkan tidak ada nas Al-Quran manakala Sunnah mengenai rejam pun adalah dari khabar ahad yang tidak pasti kesahihannya..... ade kisah dan riwayat sejarah menceritakan sesetengah tabi’in bertanya adakah Hadith-hadith mengenai rejam itu sebelum surah al-Nur atau sesudahnya maka seorang sahabat Rasulullah menjawab tidak tahu.... Maka dengan jelas hal ini dengan sendirinya adalah dalil yang dalam samar-samar dalam mengekalkan hukum rejam....
-------------------------------------------------------------------------------------------
masih bnyak lagi perkara yang boleh jd pertikaian dalam hal rejam ini.... itu pun bagi yang ingin menelitinya... terpulang sekali lagi sy katakan... tiada sy ingin mempertikaikan hukum islam tetapi hanya ingin meneliti kebenaran di balik kebenaran.... andai saya salah dalam hal ini... perbetulkan lah saya agar sy peroleh kebenaran dari jalan yang benar... dan sy harap... jangan di hukum saya dengan menyata seperti khawarij, kuffur, fasiq, munafik, kafir dan sebagai nya... jangan pula melontar tuduhan xboleh fikir logik je dan ape2 saja... sy melihat perkara ini dari jalan selaras... dan sy bersederhana dalam hal ini... moga allah kurniakan kebaikan atas insan-insan yang berfikir....
andai Tuan atau Puan punya dalil yang lebih kukuh atau keterangan yang mampu saja mematahkan bicara dalam artikal ini... atau jawapan yang munasabah untuk semua soalan dalam artikal ini... silakan untuk di kemukakan... dengan cara yang sewajarnya... moga kita sentiasa terlindung di bawah lindungan rahmat Allah...
No comments:
Post a Comment