Thursday, 13 September 2012

Pengenalan Kepada Sistem Pusaka Islam (di Malaysia)


PENGENALAN SISTEM PUSAKA ISLAM


ISLAM MENGAMBIL BERAT MENGENAI PERKARA ILMU PUSAKA

Ilmu Pusaka adalah salah satu dari cabang Ilmu Fiqh yang sangat diambil berat oleh Islam dan dipandang sangat tinggi nilainya. Oleh itu Islam disamping menyuruh umatnya mempertingkatkan sistem pusaka Islam dengan betul, dan meberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba meringan-ringankan atau meninggalkan sistem Ilahi ini ia menyuruh kita mempelajari dan mengajarnya. Antara dalil-dalilnya ialah seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah Dandarul Qutni di bawah ini:-

                   
"Daripada Abi Hurairah ra berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu
mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu ,
ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku".

Dan sabdanya lagi:-

"Daripada Abdullah Bin Amru, bahawa Rasulallah saw telah bersabda: Ilmu itu
ada tiga macam, dan yang lainnya adalah lebihan, iaitu Ayat Muhkamah atau
Sunnah yang tegap atau Faridah pembahagian Pusaka) yang adil."

 (Riwayat AbuDaud).



PUSAKA MENGIKUT HUKUM SYARAK

Ialah suatu hak yang boleh dibahagikan dan sabit kepada yang berhak setelah yang berhak dahulu itu mati, kerana ada hubungan kerabat, suami isteri, wala’ atau perjanjian.

 Maksud  hak ialah semua jenis-jenis hak yang merangkumi harta benda dan lainnya seperti hak qisas dan shafaat.

      
 Rukun-rukun Pusaka

Sepertimana ilmu-ilmu yang lain, Pusaka juga mempunyai rukun-rukunnya bagi memastikan pusaka dapat ditentukan dengan sah mengikut hukumnya. Di bawah ini dijelaskan rukun-rukunnya iaitu:-

i.          Pewaris ( Si mati)
ii.         Waris ( ahli waris yang berhak )
iii.        Yang diwaris ( harta atau sebagainya)



Sebab-sebab Pusaka

Selain daripada rukun, sistem pusaka dalam Islam melihat juga kepada beberapa sebab yang menjadikan seseorang itu berhak menerima harta pusaka keluarganya yang telah meninggal dahulu itu. Dengan sebab-sebab inlah seseorang waris itu boleh mendapat pusaka iaitu:-

i.          Pernikahan
ii.         Kerabat atau hubungan darah
iii.        Wala’ (pembebasan hamba)

Ayat An-Nisaa’:12 ini adalah sebagai dalil menunjukkan sebab pernikahan .
Maknanya:

“Dan bagimu (suami-isteri) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tingalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudarasaudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari’at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”

 Syarat-syarat Pusaka

Selain daripada rukun dan sebab, sistem pusaka islam juga telah menentukan syarat-syarat bagaimana seharusnya pusaka itu dibahagikan iaitu:-

i.Pewaris mati dahulu
ii.Waris hidup semasa kematian pewaris
iii.Tidak ada perkara yang menegah waris menerima pusaka iaitu:-

a.Perhambaan
b.Membunuh
c.Berlainan agama



 Apa dia peninggalan si mati (At-Tarikah)


i.          Menurut Mazhab Shafie ialah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya kemudian ditinggalkan untuk pewaris-pewarisnya samada harta benda,            hak kepunyaan, begitu juga apa yang termasuk ke dalam miliknya setelah ia mati.

Di dalam Nihayah al-muhtaj:

“Peninggalan si mati ialah apa-apa yang ditinggalkan untuk orang kemudian daripadanya dari suatu hak seperti jenayah, tuduhan berzina, atau ikhtisas, atau mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyat yang diambil dari pembunuhnya, kerana diyat itu termasuk ke dalam miliknya, begitu juga apa yang termasuk ke dalam pukatnya yang telah dipasang di masa hidupnya.”

Sabda Rasullulah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang telah meninggalkan harta atau sesuatu hak maka untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan bebanan atau anak (yang tidak ada sesiapa yang menanggung) adalah kepada saya (saya yang menanggung).”


 Mempusakai kegunaan dan perkara-perkara harus

  1. Dalam Mazhab Shafie:

            Kegunaan si mati semasa hidupnya seperti sewaan atau pinjaman atau wakaf yang             dimiliki oleh pewaris itu diambil alih oleh waris-warisnya.

Dalam Syarh al-Mahalli:

“Sewaan tidak terfasakh dengan mati salah seorang dari yang berakad bahkan berkekalan sehingga habis tempohnya dan waris bagi pihak yang menyewa adalah menggantikannya di dalam menyempurnakan kegunaan itu.”

       ii.  Perkara-perkara harus tidak diwarisi seperti seseorang mempunyai rumah                           membenarkan seseorang lain untuk ia menjadi tetamu di dalamnya, kemudian        tetamu itu mati, maka pengharusan yang diperolehi ini tidaklah diwarisi oleh    waris-warisnya dan mereka tidak boleh mengambil tempat tetamu itu di dalam             menjadi tetamu.

Hak yang berkaitan dengan si mati

Setelah seseorang itu mati, sebelum harta-hartanya dibahagikan mengikut sistem faraid atau pusaka, beberapa hak perlu ditunaikan mengikut tertib seperti berikut:-


  1. Hak ain

            Iaitu hak-hak yang berkaitan dengan ain harta-harta yang ditinggalkan oleh si         mati. Oleh itu orang yang mula-mula sekali berhak di dalam harta peninggalan si          mati ialah orang yang mempunyai hak berkaitan dengan ain harta itu. Misalnya             seseorang yang membeli sesuatu benda dari kawannya, kemudian dia mati sebelum ia menerimanya dan membayar harganya, maka si penjual berhak dengan        benda itu sehingga dijelaskan harganya.


      ii          Hak persiapan pengkebumian

            Iaitu perbelanjaan yang dikehendaki untuk dilakukan terhadap si mati dari masa    mati sehingga dikebumikan. Perbelanjaan yang dimaksudkan ialah belanja             memandikannya, mengkafankannya, membawanya ke kubur dan    menannamkannya. Perbelanjaan ini hendaklah secara patut dan tidak berlebih-            lebihan. Dalam Mazhab Shafie, Syeikh Syarbini al-Khatib ada menjelaskan             bahawa mengadakan jamuan makan dari keluarga si mati dan menghimpunkan     manusia ke atasnya adalah bidaah tidak disunatkan. Oleh itu sesiapa yang membelanjakan sesuatu daripada harta peninggalan si mati, hendaklah diganti.

  1. Hak hutang piutang

            Setelah menyelesaikan belanja pengkebumian, jika ada lebih hartanya, hendaklah   diselesaikan hutang piutang si mati. Hutang-hutang ini termasuklah hutang         dengan manusia dan hutang dengan Allah. Dalam Mazhab Shafie, hutang Allah             hendaklah didahulukan daripada hutang dengan manusia. Hutang-hutang Allah               ialah seperti zakat yang belum ditunaikan, haji yang belum sempat   dilaksanakan, kafarah dan nazar. Hutang dengan manusia seperti hutang wang dan     sebaginya.

  1. Hak wasiat


            Setelah selesai menyempurnakan hak-hak yang tersebut tadi, barulah kita    sempurnakan wasiat si mati jika ada lebihan hartanya dan tidak lebih satu pertiga       daripada baki harta tersebut. Sekiranya lebih daripada satu pertiga, adalah tidak   sah wasiat itu yang lebihan tersebut kecuali diizinkan oleh ahli-ahli warisnya.

  1. Harta Sepencarian

            Seterusnya, jika ada antara waris-waris yang ingin menuntut harta   sepencarian      bersama si mati, ia hendaklah mengemukakan tuntutannya ke Mahkamah Syariah         sebelum harta itu difaraidkan. Harta Sepencarian ialah harta yang diperolehi      bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-            syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

  1. Hak waris (Harta Pusaka)

            Setelah disempurnakan hak-hak yang disebutkan tadi, bolehlah dibahagikan yang baki itu kepada ahli waris si mati yang berhak mengikut syarat dan tertibnya.


Waris-Waris Yang Tidak Terlindung/Terhalang Oleh Sesiapapun

Terdapat 5 orang waris di dalam sistem pusaka Islam yang tidak dihalangi oleh
sesiapapun di dalam pembahagian harta pusaka si mati, iaitu:-

            i.     Suami/ Isteri
            ii.    Bapa
            iii.   Ibu
            iv    Anak perempuan dan anak lelaki


BEBERAPA MASALAH SEMASA BERKAITAN DENGAN HARTA PUSAKA

i. Masalah Wasiat dan Harta pusaka.

Seseorang Islam boleh mewasiatkan hartanya kepada selain daripada ahli warisnya dengan tidak melebihi 1/3 keseluruhan hartanya, bukan harta yang diwasiat sahaja. Jika melebihi kadar 1/3, harta yang lebih boleh dimiliki oleh penerima wasiat hanya dengan izin ahli-ahli waris. Jika tidak ada izin, penerima wasiat hanya boleh mengambil 1/3 sahaja.Mewasiatkan harta kepada ahli waris adalah tidak sah mengikut hukum syarak walaupun tidak melebihi 1/3 atau dengan keizinan ahli waris yang terlibat. Diriwayatkan dari Said Bin Abi Waqas r.a bahawa dia pernah bertanya dalamsakitnya "Ya Rasulallah saw, bahawa hartaku banyak dan tidak ada yang diwarisi harta itu kecuali anakku yang perempuan, bolehkah aku mewasiatkan hartakusemuanya?". Rasulallah saw menjawab:"Jangan. Dia bertanya lagi." Kalau duapertiga bagaimana?. Baginda menjawab."Jangan.Aku bertanya lagi."Bagaimanakalau 1/2?. Beliau menjawab," Jangan.Aku bertanya lagi, "Sepertiga?. Bagindamenjawab."Ya boleh dan sepertiga itu banyak.Sesungguhnya apabila engkautinggalkan ahli waris engkau itu kaya, lebih baik daripada engkau tinggalkanmereka dalam kemiskinan meminta-minta kepada manusia."Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a berkata ia. Telah bersabda Rasulallah
saw di dalam pidatonya dalam haji wida'"Sesungguhnya Allah telah memberikantiap-tiap orang empunya hak akan haknya,oleh sebab itu tidak boleh berwasiatuntuk ahli waris."

Di dalam kes Sheikh Abdul Latif dan lain-lain lwn. Sheikh Elias Bux (1915) 1
(FMSLR 204)

Telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Selangor bahawa sahnya wasiat dan pembahagian harta seorang Islam hendaklah mengikut undang-undang Islam seperti yang ditadbir oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan di bawah undangundang Islam seseorang Islam tidak boleh mewasiatkan lebih dari 1/3 dari harta kepunyaannya pada masa ia meninggal dunia dan baki hartanya hendaklah dibahagikan kepada ahli warisnya mengikut bahagian yang ditetapkan oleh undang-undang Islam.

Dalam kes ini Sheikh Elias Bux telah membuat wasiat dalam tahun 1913 dan meninggal dunia tahun 1914. Wasiatnya supaya hartanya dibahagikan sama rata antara anak angkatnya, dua balunya dan anak perempuannya. Dia juga ada meninggalkan waris lain iaitu seorang saudara perempuan dan dua orang saudara lelaki. Seorang saudara lelakinya telah menuntut di mahkamah mengatakan wasiat tidak sah dan ia telah diterima oleh Mahkamah dan diperintah supaya wasiat dibahagikan ikut hukum faraid Islam. Rayuan di Mahkamah Rayuan juga telah ditolak.

Dalam kes Amanullah bin Haji Ali lawan Hajjah Jamlilah (1975) 1MLJ.70.

Telah diputuskan di Mahkamah Tinggi bahawa wasiat yang cuba memberi lebih 1/3 dari harta kepada seorang anak lelakinya adalah tidak sah dan diperintahkan diberikan kepada ahli waris yang lain mengikut hukum syarak.


ii. Menghibahkan Harta Semasa Hidup

Seseorang Islam boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapapun semasa hidupnya, sebahagian atau keseluruhan hartanya. Ini boleh berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai anak kandung yang tidak mahu hartanya berpindah secara faraid kepada saudara-saudaranya yang lain. Hibah boleh dibuat dengan menukarkan nama ke dalam geran tanah/rumah/kereta. Hibah pada istilah syarak ialah suatu aqad yang mengandungi pemberian milik oleh seorang terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan('iwad).

Dari segi istilah, hibah adalah berbeza dengan pemberian(gift) dalam undangundang
Inggeris, di mana perkataan "pemberian" itu adalah lebih luas pengertiannya jika dibandingkan dengan hibah, di mana istilah"pemberian" itu lebih umum dan merangkumi semua jenis pindak milik. Manakala pengertian hibah adalah sempit dan mempunyai konsep undang-undang yang khusus. Dalam Islam, hibah sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan yang memberi erti memberi milik harta tanpa balasan.Mengikut mazhab Shafie, bahawa penerimaan (qabul) itu hendaklah diambil kira dalam menentukan sah atau tidaknya hibah. Begitu juga, penerimaan barang adalah satu dari syarat sah hibah. Ertinya, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum
penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.

Hukum syarak juga menjelaskan sesuatu hibah yang telah diberi tidak boleh ditarik balik dan hukumnya adalah haram, sekalipun antara saudara mara atau suami isteri, kecuali hibah oleh bapa kepada anaknya, boleh ditarik balik.





iii. Penama(Nominee) Pada Takaful/Wang KWSP/Tabung Haji 
     Dan sebagainya.

Mengikut hukum syarak, penama yang ditulis di dalam skim-skim wang simpanan seperti Takaful/ KWSP/Tabung Haji dan sebagainya tidak dengan sendirinya menjadi hak milik kepada penama tersebut dan tidak sah menurut Islam. Ia masih tertakluk kepada pembahagian faraid. Oleh itu, wang-wang tersebut menjadi peninggalan harta si mati dan hendaklah dibahagiakan secara faraid.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 juga telah memberikan pendapatnya dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 20 Sept.1973 seperti berikut:

"Penama-penama KWSP, Wang Simpanan Pejabat Pos,Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si amti atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian Faraid."

Dalam mesyuarat Majlis Raja-raja(Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) yang ke 117 pada 21 Feb. 1980, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengemukakan pendapat dan telah dipersetujui oleh Majlis mengenai perkara penama (Nominee). Keputusannya adalah seperti berikut:-

            i.          Majlis mengambil ingatan bahawa orang-orang yang beragama Islam                                   tidak boleh melantik penama(Nominee),dan

            ii.         Majlis bersetuju YB Peguam Negara menggubal undang- undang supaya                           orang-orang yang beragama Islam tidak dibenarkan melantik penama                                (Nominee)

Soal penama telah timbul di dalam kes Re Ismail bin Rentah (si mati), (1939) FMSLR. 230. (1940) MLJ.

Di dalam kes ini, si mati telah menjadi ahli Syarikat Koperasi Pegawai Melayu Perkhidmatan Awam dan telah menamakan anak perempuannya untuk menerima saham dan faedahnya di dalam syarikat itu apabila dia meninggal dunia. Dia telah meniggal dunia dan telah meniggalkan beberapa ahli waris termasuk ibunya, balunya, anak perempuan, seorang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan. Penolong Pendaftar Syariakt di Kuala Pilah telah memerintahkan saham dan faedah si mati dari syarikat itu dibahagikan kepada ahli waris. Penama tidak puas hati dan telah merayu kepada Mahkamah Tinggi dan Hakim Raja Musa telah menolak rayuan tersebut dan memutuskan supaya jumlah wang itu dibahagikan kepada semua ahli waris mengikut hukum faraid.

No comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Labels

007 Legends (1) 007 Legends repack (1) 007 Legends-Black Box (1) 007 Legends-Black Box repack (1) 2K Games (1) 2K Marin (1) Action (8) Action RPG (5) Activision Blizzard (3) Alan Wake American Nightmare (1) Alan Wake American Nightmare-Black Box (1) ANARCHY (5) Antara AES dan pemandu kereta perasan bijak (1) antivirus (6) ARTIKEL (90) Bethesda Softworks (2) Binary Domain (2) BioShock 2 (1) BioWare Corporation (1) bitComposer Games (1) Bugbear Entertainment (1) Call of Duty: Modern Warfare 3 (1) Call of Duty: Modern Warfare 3-Black Box (1) CARDING (3) CD Projekt Red Studio (1) CERITA (7) CRACKER (18) Crysis 2 (1) Crytek Studios (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition-Black Box (1) Darksiders (1) Darksiders II (1) Deface (1) Devil's Details (2) Digital Extremes (1) Doom 3:BFG Edition (1) Doom 3:BFG Edition-Black Box (1) EA Sports (1) Electronic Arts Inc. (4) ENGLISH MOVIE (29) Eurocom Entertainment Software (1) event (1) Exploit (76) FABLE III (1) Facebook Game Hack (1) FIFA 13 (1) FIFA 13-Black Box (1) Flashing (1) Flying Wild Hog (1) From Dust (1) From Dust-Black Box (1) From Software (1) gba games (1) Global Ops: Commando Libya (1) Global Ops: Commando Libya-Black Box (1) GORE (1) Hard Reset (1) Hard Reset-Black Box (1) HIJACK (2) History (3) id Software (1) iklan. (4) Infinity Ward (1) INFO (35) iPhone Jailbreak (9) ISU SEMASA (33) JOB (1) JOOMLA (1) KILLUMINATI (7) Konami (1) Lain-Lain Trick (1) LionHead Studios (1) MAKE MONEY (1) MALAY MOVIE (15) Mass Effect 2 (1) Max Payne 3 (1) Max Payne 3-Black Box (1) Maxis (1) Microsoft Game Studios (1) misteri (4) MOBILE (1) MUJAHID (27) music album mp3 (20) n-gage (1) Namco Bandai Games (3) NDS (1) Notepad Trick (1) OS (5) OTHER MOVIE LANGUES (8) PC GAME (141) photo (5) political (2) Pro Evolution Soccer 2013 (1) Pro Evolution Soccer 2013-Black Box (1) Prototype 2 (1) Prototype 2-Black Box (1) PS VITA (4) PS3 GAME (32) PSN GAME (6) PSP (7) PSPGAMES (4) puisi (1) putlocker games (5) Racing (1) Radical Entertainment (1) religion (12) Remedy Entertainment (1) repack game (1) REVEAL (32) Ridge Racer Unbounded-Black Box (1) Rockstar Games (1) S60v2 (1) Samsung U1000 (1) SEGA (2) SEO (2) Shooter (2) Shooting (2) Soalan bocor SPM 2012 ada di sini (1) Soft Skills Guide (1) software (31) Spectral Games (1) Sport (2) Strategy (1) SYSTEME (3) The Darkness II (1) The Darkness II-Black Box (1) The Elder Scrolls V: Skyrim (1) The Elder Scrolls V: Skyrim-Black Box (1) The Sims 3 (1) The Sims 3 Complete (1) The Sims 3 Complete-Black Box (1) The Witcher 2: Assassins of Kings (1) THQ Inc (2) tips (1) TOKOH (1) tool (2) Tutorial (30) TWEAK (6) Ubisoft Studios (1) UNDERGROUND (4) video movie (1) video music (1) Vigil Games (2) Website Hack (1) wii (2) XBOX360 (7) xboxone (1)

Total Pageviews

Blog Archive

LIST