Thursday, 13 September 2012

KITA DAN RUKUN NEGARA


Akhirnya diwujudkan rukun negara yang dimaksudkan untuk jadi panduan dan bimbingan dalam kehidupan rakyat Malaysia dalam menuju perpaduan, demokrasi, adil, makmur, menjamin tradisi-tradisi kebudayaan dan membina masyarakat yang progresif dalam dunia tamadun.
Rukun Negara, yang dilahirkan sebagai hasil dialog dan tolak ansur yang tercapai dalam Majlis Perundingan Negara yang mengandungi di dalamnya parti-parti politik telah diistiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Baginda Yang DiPertuan Agung iaitu 13 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan.
Lahirnya Rukun Negara, yang telah juga disifatkan sebagai ideologi, dasar atau asas falsafahnegara tidak syak lagi adalah merupakan suatu langkah untuk mengatasi kelemahan besar yang terdapat dalam bentuk susunan negara kita, yang kita sendiri pernah menyuarakan pada ketika negara kita baru sahaja mencapai kemerdekaan.
Ini adalah kerana dalam perlembagaan negara kita tidak langsung terdapat sebarang mukaddimah atau perimbal (preamble) yang dapat dijadikan sebagai pandangan asas atau falsafah hidup yang boleh dijadikan panduan atau pegangan untuk membentuk suatu bangsa yang bersatu dan beradab.
Peristiwa 13 Mei itu telah membenarkan anggapan dan kekhuatiran kita dan akhirnya menyedarkan orang-orang Perikatan walaupun agak terlambat untuk membaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Apa yang dikatakan rukun negara itu adalah terdiri dari lima asas (tidak salah jika dipanggil Pancasila-kerana asasnya yang lima itu) iaitu:
1. Kepercayaan kepada tuhan
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan
Banyak pertanyaan-pertanyaan telah dikemukakan oleh ahli-ahli kita tentang apakah sikap dan pandangan kita terhadap rukun negara itu?
Jawapannya ialah bahawa setakat ini kita dapat menerima rukun negara tersebut kerana ia bukan merupakan perkara yang telah cukup sempurna, tetapi sebagai perkara yang tidak bertentangan dengan asas dan konsep ideologi kita. Sebab lain yang menjadi asas penerimaan kita terhadap rukun negara itu ialah dalam keadaan sekarang dan pada peringkat politikyang ada pada masa ini, ini sahajalah sebaik-baik asas yang dapat dilahirkan urntuk dijadikan rukun negara.
Ditinjau dari kacamata Islam, dari ideologi kita sebagai parti politik Islam sudah tentulah rukun negara itu belum sepenuhnya dapat memenuhi hasrat dan keinginan kita. Ulasan kita terhadap kelima-lima rukun negara itu adalah seperti berikut:
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Asas ini tidak menekankan keTuhanan Yang Maha Esa sebagaimana yang dimaksudkan supaya dapat diterima oleh semua penganut-penganut agama negeri ini. Satu yang tegas dilahirkan oleh asas ini ialah negara ini tidak dapat menerima faham mulhid, faham tidak bertuhan seperti komunisme. Ini dapat diterima oleh PAS.
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Dapat diterima oleh PAS. Sebagai sebuah parti Islam, tafsiran kita tentang hal ini tentulah tafsiran yang sesuai dengan dengan kehendak ajaran Islam. Islam memerintah pemeluk-pemeluknya taat kepada ketua negara.
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan adalah sebagai undang-undang tertinggi negara adalah merupakan punca yang akan melahirkan keadilan, keamanan, kesejahteraan, dan kemakmuran kepada seluruh negara. Ia memiliki beberapa asas yang dianggap mulia dan suci yang berupa hak dan tanggungjawab seorang warganegara yang baik warganegara biasa atau warganegara yang bersifat sebagai pemerintah atau penguasa.
Ia juga mengandungi asas-asas dan pandangan hidup yang dimuliakan oleh golongan besar warganegara. Kerana itu wajarlah perlembagaan itu dihormati dan dimuliakan. Inilah sikap kita.
Bagaimanapun Pas adalah juga menafsirkan bahawa menghormati keluhuran perlembagaan itu  tidaklah semata-mata menjadi tugas rakyat marhaen sahaja, bahkan mestilah menjadi tugas semua rakyat termasuk orang yang bernama pemerintah dan penguasa tadi.
Penyalahgunaan kekuasaan, perkosaan terhadap keadilan dan hak asasi rakyat biasa yang dilakukan oleh kalangan yang berkuasa seperti yang banyak berlaku pada masa yang lalu, sudah tentulah tidak sesuai dengan konsep keluhuran perlembagaan.
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Ini bermaksud bahawa pemerintahan yang dijalankan berasas kepada kehendak undang-undang. Undand-undang itu mestilah undang-undang yang adil dan tidak menekan. Hak-hak kebebasan asasi rakyat mestilah terjamin mengikut kata dan semangatnya sekali.
Kedaulatan undang-undang (rule of law) itu tidak bererti apa-apa, sekiranya hak asasi kebebasan rakyat yang tertulis dalam perlembagaan dengan sewenang-wenang sahaja diperkosa oleh golongan yang berkuasa dengan cara meluluskan undang-undang yang dapat mencabutkan kebebasan itu demi menjaga kepentingan golongannya. PAS tentu tidak dapat menerima kedaulatan undang-undang yang seperti itu, sebaliknya menolak kedaulatan undang-undang yang tidak berasaskan keadilan dan kesaksamaan.
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Tiap-tiap orang dan tiap-tiap golongan hendaklah mengurus hal masing-masing dengan cara tidak melanggar tata susila. Ini tentu sahaja boleh diterima oleh PAS. Malahan PAS hendak mentafsirkan kesopanan dan kesusilaan itu mestilah merangkumi dan menjelajah bidang hidup yg lebih luas, tidak setakat membenci atau mengutuk sebarang perbuatan angkuh yang boleh menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan semata-mata.
Pada kita kesopanan dan kesusilaan mestilah termasuk membenci dan membendung semua cara hidup yang liar, yang tidak sopan yang timbul dari daki-daki kebudayaan barat, yang tidak bertentangan dengan agama dan adat resam ketimuran kita.
- Bulan Bintang, bil 1 tahun 3, Jun 1971

No comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Labels

007 Legends (1) 007 Legends repack (1) 007 Legends-Black Box (1) 007 Legends-Black Box repack (1) 2K Games (1) 2K Marin (1) Action (8) Action RPG (5) Activision Blizzard (3) Alan Wake American Nightmare (1) Alan Wake American Nightmare-Black Box (1) ANARCHY (5) Antara AES dan pemandu kereta perasan bijak (1) antivirus (6) ARTIKEL (90) Bethesda Softworks (2) Binary Domain (2) BioShock 2 (1) BioWare Corporation (1) bitComposer Games (1) Bugbear Entertainment (1) Call of Duty: Modern Warfare 3 (1) Call of Duty: Modern Warfare 3-Black Box (1) CARDING (3) CD Projekt Red Studio (1) CERITA (7) CRACKER (18) Crysis 2 (1) Crytek Studios (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition-Black Box (1) Darksiders (1) Darksiders II (1) Deface (1) Devil's Details (2) Digital Extremes (1) Doom 3:BFG Edition (1) Doom 3:BFG Edition-Black Box (1) EA Sports (1) Electronic Arts Inc. (4) ENGLISH MOVIE (29) Eurocom Entertainment Software (1) event (1) Exploit (76) FABLE III (1) Facebook Game Hack (1) FIFA 13 (1) FIFA 13-Black Box (1) Flashing (1) Flying Wild Hog (1) From Dust (1) From Dust-Black Box (1) From Software (1) gba games (1) Global Ops: Commando Libya (1) Global Ops: Commando Libya-Black Box (1) GORE (1) Hard Reset (1) Hard Reset-Black Box (1) HIJACK (2) History (3) id Software (1) iklan. (4) Infinity Ward (1) INFO (35) iPhone Jailbreak (9) ISU SEMASA (33) JOB (1) JOOMLA (1) KILLUMINATI (7) Konami (1) Lain-Lain Trick (1) LionHead Studios (1) MAKE MONEY (1) MALAY MOVIE (15) Mass Effect 2 (1) Max Payne 3 (1) Max Payne 3-Black Box (1) Maxis (1) Microsoft Game Studios (1) misteri (4) MOBILE (1) MUJAHID (27) music album mp3 (20) n-gage (1) Namco Bandai Games (3) NDS (1) Notepad Trick (1) OS (5) OTHER MOVIE LANGUES (8) PC GAME (141) photo (5) political (2) Pro Evolution Soccer 2013 (1) Pro Evolution Soccer 2013-Black Box (1) Prototype 2 (1) Prototype 2-Black Box (1) PS VITA (4) PS3 GAME (32) PSN GAME (6) PSP (7) PSPGAMES (4) puisi (1) putlocker games (5) Racing (1) Radical Entertainment (1) religion (12) Remedy Entertainment (1) repack game (1) REVEAL (32) Ridge Racer Unbounded-Black Box (1) Rockstar Games (1) S60v2 (1) Samsung U1000 (1) SEGA (2) SEO (2) Shooter (2) Shooting (2) Soalan bocor SPM 2012 ada di sini (1) Soft Skills Guide (1) software (31) Spectral Games (1) Sport (2) Strategy (1) SYSTEME (3) The Darkness II (1) The Darkness II-Black Box (1) The Elder Scrolls V: Skyrim (1) The Elder Scrolls V: Skyrim-Black Box (1) The Sims 3 (1) The Sims 3 Complete (1) The Sims 3 Complete-Black Box (1) The Witcher 2: Assassins of Kings (1) THQ Inc (2) tips (1) TOKOH (1) tool (2) Tutorial (30) TWEAK (6) Ubisoft Studios (1) UNDERGROUND (4) video movie (1) video music (1) Vigil Games (2) Website Hack (1) wii (2) XBOX360 (7) xboxone (1)

Total Pageviews

Blog Archive

LIST