Sheikh Mohammed Hussein yang merupakan Mufti Baitul Maqdis dan Palestin menyatakan bahawa lebih 300,000 umat Islam telah berjaya sampai ke Masjid al Aqsa pada hari Jumaat yang lalu walau pun dikenakan sekatan yang kuat oleh Israel di keseluruhan bandar Baitul Maqdis.
Sejak awal bulan Ramadan lagi, pasukan bersenjata Israel hanya membenarkan lelaki yang sudah berkahwin Palestin yang berumur 50 tahun ke atas dan hanya wanita yang berumur 45 tahun untuk memasuki al-Quds. Sedikit kelonggaran ini hanya diberikan kepada orang Palestin yang mempunyai pasport Israel (Arab Israel) dan bagi mereka yang tingal di Baitul Maqdis Timur.
Rakyat Palestin yang berasal dan yang tinggal di Gaza, tidak sama sekali dibenarkan masuk ke Masjid al Aqsa. Walau pun mereka disekat sedemikian rupa, perjuangan untuk mengembalikan al-Aqsa kepada umat Islam tetap diteruskan dan semakin dipertingkatkan dari hari ke sehari.
Semoga al-Aqsa akan bebas jua...
Foto :
Kelihatan para Muslimat sedang menghidupkan malam-malam Ramadhan di Masjid al-Aqsa.
Disunting dan diterjemah dari :
The Muslim Times 2hb Ogos 2012.

No comments:
Post a Comment