"MUSLIM BROTHERHOOD"
salah satu pertubuhan islam
terbesar di dunia iaitu Muslim Brotherhood.Muslim Brotherhood adalah nama dalam bahasa inggeris bagi Pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh al-imam as-syahid Hassan al-banna pada tahun 1928 ketika usianya 22 tahun yang pada masa itu hanya dimulakan dengan enam orang sahaja. Berkat kesabaran dan menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai pegangan, Ikhwanul Muslimin berkembang pesat di seluruh tanah Arab dan pada penghujung perang dunia kedua, dianggarkan Ikhwanul Muslimin mempunyai setengah juta ahli dan lebih tiga juta penyokong!
Ikhwanul Muslimin bermula apabila Hassan al-banna melihat kepincangan yang berlaku di dalam umat islam pada zamannya ( dan zaman sekarang ) lalu mahu menggerakkan jentera dakwah dengan meluas. Beliau merupakan seorang yang tegas pendirian dan mahukan syiar Islam kembali bersinar. Bermula dengan menghadiri jemputan ceramah dan memberi ceramah di kedai kopi, pergerakan Ikhwanul Muslimin semakin hebat. Dari semasa ke semasa, semakin banyak tokoh agama yang hebat menyertai Ikhwanul Muslimin. Kekuatan Ikhwanul Muslimin dilihat bukan sahaja dari dakwah, malahan kekuatannya berjihad di jalan Allah di mana Ikhwanul Muslimin menghantar sukarela yang berjuang mempertahankan Palestin dari serangan Zionis yang zalim. Ikhwanul Muslimin juga mula bercatur dengan politik dan mendapat tempat di hati ramai orang. Syahidnya Hassan al-Banna ditembak tujuh das di Kaherah oleh orang-orang yang tidak mahukan Islam kukuh di Arab dan pembubaran Ikhwan Muslimin serta permenjaraan beribu-ribu pejuang yang berjuang di Palestin dan di kawasan lain tidak mematahkan perjuangan Ikhwan Muslimin. Betapa gentarnya musuh Allah sehinggakan jasad Hassan al-Banna dikawal rapat dengan tentera dan kereta kebal dan hanya boleh ditemani kaum keluarga wanita yang rapat. Kini, Ikhwan Muslimin berjuang untuk memartabatkan syiar Islam di muka bumi Allah ini. Semoga kita dapat membantu mereka dalam perjuangan ini, jika tidak mampu dengan fizikal, bantu dengan harta. Tidak mampu dengan harta, bekalkan dengan doa yang tidak putus-putus. Sebelum ana terlupa, para pembaca boleh melawati laman web Muslim Brotherhood versi inggeris iaitu http:// www.ikhwanweb.com . Alhamdulillah, sekarang ni Ikhwanul Muslimin telah pun memegang majoriti di dalam parlimen dimana menurut sumber yang tidak pasti sahihnya, ramai yang merupakan tahfiz, menghafal hadith dan sebagainya,

No comments:
Post a Comment