Wednesday, 1 August 2012

KISAH HIDUP MAT INDERA –PEJUANG DILUPAKAN

KISAH HIDUP MAT INDERA –PEJUANG DILUPAKAN
OLEH : FAETHAL
Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA
Jika tidak kerana isu MAT INDERA yang digembar-
gemburkan oleh media mutakhir ini
,mungkin ekspedisi seperti ini tidak pernah ada di
dalam perancangan SAMM dan Author Faethal
sebelum ini. Oleh itu setinggi-tinggi pengucapan terima
kasih kepada Media Utama yang tela mempopularkan
ucapan Mat Sabu tentang Mat Indera ini.
Tanpa kalobrasi ucapan Mat Sabu dan 'dihangatkan'
lagi oleh Utusan, tidak mungkin menyebabkan kami
mengambil inisiatif untuk menjejaki MAT INDERA ini
dan mencari jawapan persoalan utama yang bermain
di benak masyarakat Malaysia umunya dan Melayu
khususnya iaitu
'Benarkah MAT INDERA Pengkhianat?
Bagi menjawab persoalan ini satu ekspedisi yang
bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam
membawa kami merentasi bumi Johor dari Bukit
Kepong sehinggalah ke Yong Peng. Bermula dari
bertemu seorang penduduk di Bukit Kepong, dimana
ibunya bersahabat kepada ibu MAT INDERA
sehinggalah kepada kejayaan kami menjejaki adik MAT
INDERA - Johan bin Indera di Yong Peng.
Selepas menempuh 7 jam perjalanan akhirnya kami
berjaya menjejaki adik Mat Indera iaitu Pakcik Johan
atau nama penuhnya Johan bin Indera. Pakcik Johan
kini menetap di Yong Peng, Johor. Sebaik kami tiba di
hadapan rumahnya, sebatang bendera Malaysia yang
diikat pada tiang rumahnya berkibar megah. Begitu
tinggi sekali semangat cintakan negara di dalam diri
adik Mat Indera ini, walaupun abangnya ketika ini
sedang dihamun sebagai pengkhianat negara dan
komunis namun ia tidak memudarkan semangat
kecintaan beliau terhadap perayaan Hari
Kemerdekaan. Belum tentu rumah anak-anak kepada
Bapa Kemerdekaan sendiri ada memasang Bendera
Malaysia ketika ini. Belum lagi rumah pak menteri!.
Mat Indera BUKAN KOMUNIS
Persoalan awal kami sebaik memulakan bicara ialah
'Betulkah Mat Indera adalah pengkhianat kepada
negara seperti dakwaan sesetangah piak?'
.
'TIDAK. Dan saya tidak percaya Mat Indera komunis.
Mustahil Mat Indera komunis kerana bapa saudara
kami, Yahya sendiri dibunuh oleh komunis.'
penafian yang tegas dari Pak Johan.
Dek kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan
jawapan kepada 'persoalan utama' itu, sehingga kami
terlupa untuk mengenali Mat Indera lebih dekat.
Menurut Pak Johan, mereka mempunyai 8 orang adik-
beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin
Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah
anak yang bongsu. Salasilah keluarganya ialah Ahmad
bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang
dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela,
Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi
panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau dilahirkan
pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu
Pahat, Johor.
Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah
meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-
olah sudah menjadi anak sulung dan memegang
tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang
masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat
Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2
tahun.
Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil
Bentan yang menjadi salah seorang guru dan
penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim.
Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah
menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan
inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim
enggan menandatangani surat hukuman gantungnya
selepas Mat Indera dituduh bersalah.
Kekasih MAT INDERA
Permulaan kehidupan beliau sebagai guru agama,
adalah dengan mula mengajar di Sekolah Agama
Bandar Pontian sebelum berkhidmat sebagai seorang
guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar.
Ketika berpindah di Muar, keluarga Mat Indera tinggal
di Bakri,Muar beralamat di No. 56-1. Mat Indera juga
pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan
Sri Muhyiddin Yassin. Haji Yassin. Haji Yassin juga
dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin amat terkenal di
Bakri dan Pancor, Muar.
Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bersama kami,
walaupun Mat Indera tidak berkahwin dan mempunyai
waris. Namun Mat Indera pernah berkawan dengan
anak Tok Guru Haji Yassin, Noraini Yassin yang juga
kakak kepada TPM Muhyiddin Yassin. Perhubungan
mereka membawa kepada usaha Mat Indera untuk
masuk meminang, bagaimanapun ditolak oleh ayahnya
kerana merasakan perbezaan taraf mereka. Masakan
seorang guru agama biasa mahu dipadankan dengan
anak seorang Tok Guru yang tersohor. Selepas
perhubungan mereka tidak direstui oleh bapanya, Mat
Indera berkawan pula dengan seorang gadis bernama
Azizah Daud. Namun perhubungan mereka juga tidak
berpanjangan.
Perbezaan MAT INDERA Dan Hj Mohd Yassin
Haji Mohd Yassin Muhammad
Mat Indera, Haji Mohd Yassin Muhammad (Bapa
Muhyiddin) dan Sheikh Fadhil Banten
Ada baiknya kita memahami susur galur aliran
pendidikan ketiga-tiga tokoh ini sebelum melihat
permulaan tercetusnya semangat perjuangan di dalam
diri Mat Indera.
Mat Indera pernah berguru dengan Sheikh Fadhil
Banten. Sheikh Fadhil Banten adalah seorang ulama
terkenal di Muar. Haji Mohd Yassin Muhammad pula
mula berdamping dengan Sheikh Fadhil Banten selepas
gurunya Kadi Abu Bakar Alam meninggal dunia pada
1938. Mat Indera sudah berguru dengan Sheikh Fadhil
Banten sejak 1937. Hubungan Haji Mohd Yassin dan
Sheikh Fadhil Banten amat rapat, mereka bersama-
sama mendalami ilmu agama di pondok Bunut Payong,
Kelantan. Mereka juga pernah ke Banten, Jawa Barat
menziarahi ulama-ulama tersohor di sana.
Ketika Jepun memasuki Tanah Melayu, Sheikh Fadhil
Banten dititah untuk berkampung bersama-sama
dengan Sultan Johor dan kerabat lain di Istana Pasir
Pelangi, Stulang Johor Bahru. Haji Mohd. Yassin pula
diarah memasuki kampung dan menenangkan rakyat
yang benci dan takut kepada Jepun. Atas arahan
gurunya, Haji Mohd Yassin berdakwah disamping
mengawal kawasan-kawasan dan kampung Sheikh
Fadhil Banten iaitu di Bakri, Serom, Bukit Gambir,
Lenga, Bukit Kepong, Gersik dan Panchor.
Bagaimanapun sebenarnya Jepun telah diarahkan agar
tidak membuat kerosakan dan kesusahan yang besar
di Johor kecuali jika terpaksa. Ini adalah sebagai tanda
hormat Jepun kepada Sultan Johor, penerima Pingat
Bintang Matahari Terbit Maharaja Jepun Kelas I yang
bertaraf kerabat DiRaja Matahari Jepun. Perkara ini
tidak diketahui ramai rakyat Johor dan Haji Mohd
Yassin mengetahui hal ini daripada gurunya, Sheikh
Fadhil Banten. Ketika zaman pemerintahan Jepun
inilah Mat Indera mula berguru dengan Haji Mohd
Yassin kerana Sheikh Fadhil Banten berada di istana
bersama Sultan Johor. Saat-saat Mat Indera berguru
bersama Haji Mohd Yassin ini yang menjadikan
hubungan mereka akrab bagaikan sahabat.
Askar Fiji di Tanah Melayu
Secara sedar atau tidak, sebenarnya dalam
keghairahan British untuk mempertahankan Tanah
Melayu daripada jatuh ke tangan Jepun, mereka telah
membawa begitu ramai Tentera Gurkha dan Tentera
Fiji ke Tanah Melayu bagi menguatkan barisan tentera
mereka. Berbalik kepada isu Bukit Kepong yang
dihangatkan oleh media utama ketika ini, tindakan
membawa masuk Askar Gurkha dan Fiji inilah yang
menjadi punca serangan di Bukti Kepong. Saya akan
ulas lebih lanjut di dalamsiri selanjutnya.
Perbezaan Haluan Mat Indera dan Haji Mohd Yassin
- Kaum Muda VS Kaum Tua
Pada tahun 1945, setelah tamat Perang Dunia Kedua,
Mat Indera mula bekerja sebagai buruh lembaga
pelabuhan Muar. Kerana keberanian, ketokohan dan
kebolehannya itu yang telah berjaya menyatukan
kaum buruh dan memimpin perjuangan mereka.
Beliau telah dilantik sebagai Ketua Kesatuan Buruh
Pelabuhan serta melancarkan berbagai bentuk
perjuangan untuk membela kepentingan kaum buruh
yang tertindas. Semangat perjuangan yang tinggi telah
mendorongnya bekerja keras, di samping menjadi
buruh untuk mendapatkan nafkah sara hidup dan aktif
dalam gerakan kemerdekaan.
Pada waktu siang, beliau mengembangkan pekerjaan di
kalangan buruh dan lain-lain lapisan masyarakat yang
progresif serta membakar semangat mereka untuk
melawan penjajah demi kemerdekaan tanah air. Pada
waktu malam pula, beliau bersama rombongannya
menjelajah ke kampung-kampung mengumpulkan
orang ramai mengadakan rapat-rapat umum dan
berpidato untuk membangkitkan semangat orang rami.
Orang ramai sangat tertarik dengan pidatonya serta
memberikan sokongan yang kuat kepadanya. Di
sinilah beliau mencipta nama yang harum di kalangan
massa rakyat di Muar dan kawasan sekitarnya.
Ketika itu Mat Indera bukan saja menjadi seorang guru
agama yang terkenal, malah juga seorang pemimpin
buruh yang hebat. Pernah berlaku peristiwa kaum
buruh pelabuhan Muar mengemukakan tuntutan
kenaikan upah dan layanan kerja yang baik daripada
pihak majikan. Akan tetapi, pihak majikan yang hanya
tahu mengaut untung telah menolak tuntutan mereka.
Kaum buruh yang marah telah mengadakan mogok
besar-besaran menuntut kenaikan upah dan perbaikan
syarat kerja. Pihak majikan telah menekan mogok
besar-besaran itu dengan memerintahkan polis
menyerbu pemogokan dan menangkap Mat Indera dan
menghumbannya ke penjara.
Beliau akhirnya dipenjarakan beberapa bulan.
Walaupun dipenjara Mat Indera menyemai semangat
juangnya dengan meremehkan polis penjajah. Mat
Indera sentiasa memberi penerangan dan pendidikan
kepada rakan-rakan sepenjara dan mendapat
sambutan yang baik daripada mereka. Ada beratus-
ratus buruh pelabuhan yang sanggup tampil untuk
menjaminnya keluar dari penjara, tetapi sebagai
memprotes tindakan memenjarakannya yang tidak adil
ini beliau menasihati kaum buruh agar tidak berbuat
demikian. Sebaliknya beliau meniupkan semangat para
buruh supaya meneruskan perjuangan dengan gigih di
luar ketika beliau berjuang dari dalam penjara.
Ketika Mat Indera dibebaskan, Pak Johan sendiri
menyaksikan abangnya Mat Indera telah diarak
bagaikan pembesar layaknya oleh kaum buruh dari
Jalan Maharani ke Jalan Abdullah di Muar menurut Pak
Johan.
Dalam masa yang sama, Haji Mohd Yassin bersama 24
orang sahabat telah menubuhkan Persatuan Lujnah
Pengembangan Pelajaran Igama Islam Muar. Haji
Mohd Yassin lebih menumpukan kepada keperluan
pendidikan agama dalam masyarakat Melayu di Muar.
Haji Mohd Yassin melihat keadaan ketika perang dan
selepas perang memperlihatkan bahawa pemuda yang
berpendidikan agama lebih cepat menyesuaikan diri.
Mereka yang kurang berpendidikan agama
berhadapan masalah kekalutan dan kekacauan.
Mereka perlu bergerak kerana masalah sosial yang
teruk seperti pemuda yang berpeleseran, kaum wanita
yang kerap ke bandar. Ramai orang melayu yang
menghabiskan masa dengan berjudi dan meminum
arak, tidak solat dan menjauhi masjid.
Permasalahan ini timbul kerana sistem pendidikan
ketika itu, pastinya dari penjajah British yang
mengutamakan peluang pekerjaan kepada lepasan
berpendidikan Inggeris dan Melayu. Bekas pelajar
berpendidikan agama tidak dilayan dengan baik.
Haji Mohd Yassin meneruskan perjuangan
mengembangkan dakwah Islamiah mengikut fahaman
Kaum Tua yang berpegang kepada amalan tasauf
seperti Khaujakan dan kesufian yang lemah lembut
melalui ceramah umum dan pendidikan. Beliau turut
cuba menarik beberapa sahabat dan kenalannya yang
berjuang mengikut fahaman Kaum Muda bersama Mat
Indera.
Sebenarnya ketika usianya belasan tahun, Haji Mohd
Yassin juga seorang yang amat berminat mengikuti
perkembangan dakwah Kaum Muda. Pendekatan
Kaum Muda adalah dengan menggunakan pendidikan
moden dan sastera serta bermotif anti penjajah di
dalam objektif dan misi mereka. Haji Mohd Yassin
sendiri pernah meminta izin daripada gurunya ketika
itu Kadi Abu Bakar untuk menuntut ilmu di Siak,
Sumatera. Bagaimanapun ia dihalang oleh gurunya
kerana berdasarkan fahamannya, fahaman Kaum
Muda yang dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaluddin
dianggapnya terlalu agresif dan banyak mendatangkan
salah faham ilmu dan mudarat. Bagi mengelakkan Haji
Mohd Yassin terus belajar di sisinya tanpa memikirkan
hal-hal lain dan terpengaruh dengan Angkatan Muda,
Mohd Yassin telah dinikahkan gurunya dengan Cik
Maznah binti Daud pada usianya 16 tahun. Akhirnya
Haji Mohd Yassin ini menjadi anak murid kesayangan
gurunya, Kadi Abu Bakar Alim.
Masuk Hutan Berbaju Kuning Berseluar Pendek
Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik
apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat
membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris.
Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang
dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan,
Mat Indera telah mengambil langkah untuk masuk ke
hutan. Tindakan Mat Indera ini tidak diketahui oleh
seorang pun ahli keluarganya ketika itu. Menurut Pak
Johan, pada hari Mat Indera keluar diri dari rumah dan
masuk ke dalam hutan hanya dengan berpakaian baju
kuning dan berseluar pendek. Pada ketika itu usia Pak
Johan baru mencecah 8 tahun. Pada sangkaan awal
ayahnya- Indera bahawa anaknya itu sudah hilang dan
dibunuh komunis. Kerana sebelum itu ada seorang ahli
keluarga Mat Indera iaitu bapa saudaranya, Yahya
telah dibunuh komunis.
Setelah lama tidak berhubung dari pihak keluarga,
akhirnya mereka menerima perutusan dari Mat Indera
melalui surat. Di sinilah bermulanya cara Mat Indera
berhubung dengan ahli keluarganya, di dalam surat itu
hanya dinyatakan pesanan ringkas seperti
'Jumpa aku Pagoh', dan apabila bapanya berada di
Pagoh barulah Mat Indera muncul menemui bapanya.
Isteri Kau..Isteri Aku, Punca Serangan BUKIT
KEPONG
Sejak Mat Indera popular dikalangan buruh sehingga
diangkat menjadi pemimpin mereka, kerajaan British
sudah mula memusuhi Mat Indera. Apatah lagi apabila
Mat Indera bergerak di bawah Partai Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr.
Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad.
Matlamat mereka ialah untuk membebaskan tanah air
daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif
didalam pergerakkan Angkatan Pemuda Insaf (API).
Pada 20 Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan
Undang-undang Darurat di seluruh negara dan semua
gerakan dan partai gerakan kiri telah diharamkan.
Pada masa ini revolusi bergema di serata tempat.
Mat Indera telah memimpin belasan pemuda memasuki
Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan
panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan
perang terhadap penjajah British. Mat Indera
kemudiannya dilantik sebagai anggota Jawatankuasa
Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta
menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10
Tentera Pembebasan Nasional Malaya.
Mat Indera adalah seorang kader penyusun gerak yang
sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun
tersebar di pelbagai daerah negeri Johor adalah hasil
perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan
kerja bersenjata pimpinan beliau wujud di pelbagai
kawasan terutama di Muar, Air Hitam, Batu Pahat dan
Segamat. Mat Indera bersama gerakan KaumMudanya
telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di
merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta
tapak organisasi di kalangan ramai pekerja khasnya
kaum tani.
Hubungan beliau dengan masyarakat bagai isi dengan
kuku. Mat Indera sangat mengambil berat kehidupan
masyarakat pelbagai bidang. Masyarakat pula
menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan
mereka sendiri. Mereka lebih-lebih gembira kerana
mempunyai tentera mereka sendiri dan Mat Indera
yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin
mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di
tengah-tengah mereka sebagai seorang komander
Tentera Pembebasan. Banyak kampung telah disusun
dan menjadi asas untuk menyokong perjuangan
bersenjata mereka. Tambahan pula kesan kemasukan
tentera Gurkha dan Fiji British ketika era perang
terhadap Jepun mula mendatangkan masalah kepada
penduduk kampung.
Inilah antara punca kepada peristiwa penyerangan
Bukit Kepong. Menurut Pak Johan, masyarakat
kampung ketika itu banyak diganggu oleh askar-askar
upahan penjajah ini. Perangai dan tingkahlaku buruk
yang ditunjukkan oleh tentera Gurkha dan Fiji ini
semakin menyusahkan masyarakat kampung sejak
Jepun keluar dari Tanah Melayu. Mereka lebih gemar
berjudi dan mabuk, seterusnya mengganggu orang
kampung. Askar Fiji pula lebih teruk lagi apabila tidak
boleh melihat perempuan. Tidak kira anak dara atau
isteri orang, jika mereka suka mereka akan
mendapatkannya.
Pernah terjadi satu peristiwa seorang kampung
menetak dengan parang seorang lelaki yang sedang
mengendap isterinya di dapur. Rupa-rupanya lelaki
yang mengendap itu adalah tentera Fiji. Walaupun
tentera Fiji ini bersalah, dan hanya tercedera di lengan
namun lelaki ini lebih malang lagi kerana dipenjarakan
sehari di atas tindakannya itu. Bak kata Pak Johan,
"Lagak askar Fiji ini dengan perempuan, tidak peduli.
Jika mereka sudah suka, isteri kau..isteri aku.".
Lebih malang lagi pengaruh buruk tentera-tentera
upahan British ini turut mempengaruhi sebahagian
anggota Polis melayu yang berkhidmat untuk British.
Walaupun tidaklah seteruk hingga merogol isteri
orang, namun budaya minum dan mabuk ini sudah
menjadi kebiasaan dikalangan ramai anggota polis
yang bekerja dengan British ketika itu.
Oleh kerana maklumat terperinci perjuangan Mat
Indera ketika di dalam hutan tidak begitu diketahui
oleh Pak Johan. Saya bersama SAMM berjaya menjejak
anak kepada rakan baik Mat Indera iaitu Sanib
Jasmani. Sanib Jasmani adalah merupakan Ketua
Kompeni Rejimen Ke-10, juga berasal dari Johor, dan
pernah sama-sama berjuang bersama Mat Indera.
Kami berjaya menjejakkan kaki ke Jeram, Muar untuk
bertemu anak kepada arwah Sanib Jasmani iaitu Pak
Yahya yang berusia 68 tahun.
Menurut Sdr Awang, iaitu anak Pak Yahya yang
pernah bertemu sendiri dengan Pak Sanib semasa
hidupnya, telah dimaklumkan tentang keburukan
perangai tentera dan polis Britih ketika itu yang
berlaku zalim dan penindasan terhadap penduduk
kampung. Namun apalah daya penduduk kampung
ketika itu. Handak diharapkan kepada Polis melayu,
mereka juga bekerja dengan British. Hendak melawan
mereka tidak bersenjata.
Ketika inilah Mat Indera menjadi harapan masyarakat
kampung untuk membela nasib mereka yang ditindas
dan dizalimi oleh anjing-anjing British ini. Menurut
Awang juga, Mat Indera yang sememangnya terkenal di
kalangan penduduk kampung di Muar hanya
menggunakan Komunis untuk mendapatkan bekalan
senjata bagi melawan polis dan tentera penjajah ini.
Pak Sanib akhirnya pulang kembali ke Malaysia selepas
perjanjian damai hatyai pada 1989. Beliau telah
meninggal dunia di Gunung Senyum di Jengka, Pahang
beberapa tahun lepas.
Keluarga MAT INDERA Di Buang Negeri
Sejak Mat Indera menjadi buruan kerajaan British.
Keluarga Mat Indra yang ketika itu tinggal di Bakri
sentiasa mendapat penghinaan. Pak Johan turut
menceritakan pengalamannya melalui zaman
persekolahan ketika itu. Penghinaan terhadap
keluarganya yang dikatakan menjadi penyokong
komunis dan pengganas sudah ditanamkan oleh
propaganda kerajaan British ketika itu. Propaganda itu
turut menyerap dikalangan guru dan rakan-rakannya
di sekolah ketika itu. Beliau sentiasa dicemuh oleh
semua guru di sekolahnya sebagai keluarga komunis.
Kecuali seorang guru agama, Haji Hitam yang sentiasa
memberi sokongan dan meminta Pak Johan supaya
bersabar. Perkara ini tidak sukar difahami kerana,
kebanyakan guru ketika itu adalah merupakan lepasan
sekolah Inggeris, melainkan guru agama yang
mempunyai kefahaman agama yang lebih. Tambahan
pula Mat Indera sendiri adalah seorang guru agama
yang terkenal di Muar sebelum masuk berjuang di
dalam hutan.
Kemuncak tekanan kerajaan British kepada keluarga
Mat Indera ialah mereka diusir dari bumi Johor.
Keluarganya di arah untuk keluar dalam tempoh masa
3 bulan. Jika mereka engkar mereka sekeluarga akan
dipenjarakan. Akhirnya Pak Johan dan keluarganya
memilih untuk berpindah ke Singapura. Mereka
sekeluarga tinggal di Singapura selama setahun.
Sepanjang tempoh lima tahun di Singapura ini, mereka
tidak mengetahui khabar berita tentang Mat Indera.
Mereka hanya mendengar khabar berita tentang Mat
Indera daripada berita serangan di Bukit Kepong dan
Mat Indera ditangkap ketika berada di Singapura.
RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong
Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia
ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula
menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu.
Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang,
perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan
gilakan perempuan meresakan penduduk kampung.
Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada
orang-orang lama yang masih hidup bagaimana
perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan
British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka
ini akan mengambil mana-mana perempuan yang
mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui
adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca
kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap
British.
Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit
Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih
dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda
menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih
dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda
sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.
Fakta penting yang harus anda tahu ialah,
kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah
Melayu ketika itu adalah daripada tentera British.
Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong
adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke
atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu
memberikan kesan yang berbeza.
Henry Gurney dilantik oleh British menjadi
Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13
September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai
Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry
Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas
pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa
pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam
telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota
tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu
adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?.
Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray
Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada
tahun 1950.
Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap
Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati
di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan
menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh
PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya
ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai
Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney
sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan
anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah
arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM
mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini
Henry Gurney.
Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera
bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis
Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey -
seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada
hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada
di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera.
Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu
hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British
dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya
menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari
penyerangan tersebut.
Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari
Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak
Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum
semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan
itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan
tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi
maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada
abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan
bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai
Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua
Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama
dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan
seorang anggota Komunis.
Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika
serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila
Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak
mati seorang anggota PKM yang sedang memotong
kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu
berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua
belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri,
Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.
Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri
kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir
yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan
keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya
merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun
tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya
serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita
ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang
serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis.
Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan
Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka.
Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali
terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau
dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya
adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua
mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan
itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey,
namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis
yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi
mangsa.
Yusof Rono MM 7645
Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah
melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya
ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di
kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera
telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono,
sambil berkata
"sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan"
. Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada
terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di
dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan
pada tahun 1970an dengan berkata
'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'
.
Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai
dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang
kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang
kerajaan British. British telah menaikkan tawaran
hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran
penangkapan. Sebelum peristiwa Bukit Kepong,
tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $
25,000 jika hidup- hidup, dan $10,000 jika mati..
Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya
rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di
rumah Wak Bladang.
Mat Indera Ditangkap Dan TERUS DIFITNAH
British terus meningkatkan propaganda buruk
terhadap Mat Indera. Peristiwa serangan Balai Polis
Bukit Kepong digunakan sebaik mungkin oleh penjajah
British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. British
sanggup menaikkan wang ganjaran untuk menangkap
Mat Indera kepada $75,000 bagi menggambarkan Mat
Indera adalah seorang yang sangat dikehendaki dan
merbahaya. Kematian anggota Polis Bukit Kepung yang
terdiri daripada bangsa Melayu dimanipulasi sebaik
mungkin sehingga berjaya menarik simpati
masyarakat Melayu
Akhirnya penangkapan Mat Indera dirancang dengan
penuh tipu helah. Lima lelaki Jawa Ponorogo yang
diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim
(Misban), Wak Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri
menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat
Indera. Menurut Pak Johan, Mat Indera telah dijemput
untuk menghadiri ke sebuah kenduri di rumah Wak
Bladang oleh Mat Tukyo. Pada malam 14 Oktober 1952,
Mat Indera telah hadir ke rumah Wak Bladang di Kg
ParitWarijo, Seri Medan, bagi memenuhi permintaan
sahabatnya dan dijamu dengan tempe goreng dan air
kopi yang bercampur dgn kecubung ungu. Kecubung ini
telah menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk
dan dipukau jika meminumnya. Akhirnya Mat Indera
berjaya ditangkap pada malam itu.
Tambah Pak Johan lagi, peristiwa penangkapan pada
malam itu turut dijadikan modal oleh British untuk
memburuk-burukkan Mat Indera. Mat Indera telah
difitnah bahawa ia datang ke rumah Wak Bladang
bukan kerana dijemput tetapi kerana tergila-gilakan
seorang anak daranya. Begitulah kejinya perancangan
British dan fitnah yang diatur semata-mata untuk
memburukkan Mat Indera di mata masyarakat.
Itulah agaknya mengapa Bekas ketua kampung Parit
Warijo, Malik Samuri sendiri mengakui di dalam
laporan Berita Harian yang turut menyaksikan
bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang
tangannya diikat daun lalang bahawa peristiwa itu
telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di situ.
Ada yang gembira dan ada yang sebak.
Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang
menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun
terbabit secara langsung dalam tipu helah itu,
sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan
kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali
melabelkan Mat Indera sebagai petualang.
Mat Indera MELUDAH Polis British Ketika Dipenjara
Pak Johan dan bapanya pernah melawat Mat Indera di
Penjara Air Molek, Johor Bahru. Pak Johan
menyaksikan sendiri peribadi Mat Indera yang begitu
bencikan Polis British dan berani meludah mereka
ketika di dalam penjara. Pada pertemuan inilah Mat
Indera menegaskan bahawa dia bukan komunis.
Walaupun Mat Indera dipujuk supaya bertolak ansur
dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah
untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi
semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu
tuduk dengan British di atas penglibatannya.
Itulah pertemuan terakhir antara mereka tiga beranak.
Mereka kemudian mendengar perkhabaran Mat Indera
telah dijatuhkan hukuman gantung hanya melalui
akhbar sehari selepas itu. Apa yang Pak Johan dan
bapanya amat terkilan, mereka tidak dimaklumkan
sebelum Mat Indera dijatuhkan hukuman.
Misteri WASIAT Kematian Mat Indera
Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman
gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari
1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari,
mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air,
Taiping. Pak Johan dan bapanya tidak sempat ke Perak
untuk melihat jenazah Mat Indera buat kali terakhir.
Ketika ditanya kepada pihak Polis dan Penjara,
mengapa mereka sebagai waris terdekat Mat Indera
tidak dimaklumkan tarikh dan masa hukuman gantung
akan dijalankan sedangkan mereka tahu alamat
mereka di Singapura. Pihak Polis hanya berkata
mereka berhak menjalankan hukuman tanpa
memaklumkan kepada waris. Inilah yang amat
menyedihkan Pak Johan dan bapanya Indera. Apa yang
meragukan mereka, Polis menggunakan alasan
bahawa Mat Indera telah berwasiat untuk
mengebumikan jasadnya sebaik saja beliau meninggal
dunia. Bagaimanapun alasan WASIAT ini tidak dapat
diterima oleh Pak Johan dan bapanya.
Tidak cukup sekadar itu, kematian Mat Indera turut
difitnah oleh British. Jasadnya dikuburkan berasingan
dari kubur orang Islam yang lain. Walaupun jasadnya
dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung
Jambu Air, Taiping, namun ia dikeluarkan kira-kira
jarak serantai dari Tanah Perkuburan tersebut.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi
menunjukkan Mat Indera tidak layak dikebumikan
bersama kubur yang lain kerana ia seorang komunis.
Bagaimanapun pada masa ini, Tanah Perkuburan itu
sudah penuh sehingga ke kubur Mat Indera, jadi
kesannya tidak dapat dilihat pada hari ini.
Begitulah hinanya British dan sekutunya menghinakan
arwah Mat Indera. Sejak dari hayatnya sehinggalah
kepada kematiannya ia terus difitnah. Selepas sehari
suntuk mencari maklumat bersama SAMM tentang Mat
Indera ini, saya bawakan kepada anda 1-5 siri yang
saya kumpulkan daripada temubual bersama Pak
Johan (adik Mat Indera), Pak Yahya (adik Pak Sanib),
Awang (anak Pak Yahya) dan beberapa penduduk
kampung di Bukit Kepong, Jeram Masjid hinggalah ke
Seri Medan. Jika ada penambah baikan dalam
penulisan ini amat dialu-alukan.
Diharap kepada pembaca generasi Y supaya dapat
menilai penulisan ini untuk rujukan sejarah pada masa
akan datang dan tidak hanya berdasarkan hanya
kepada satu sumber semata-mata. Sekian

No comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Labels

007 Legends (1) 007 Legends repack (1) 007 Legends-Black Box (1) 007 Legends-Black Box repack (1) 2K Games (1) 2K Marin (1) Action (8) Action RPG (5) Activision Blizzard (3) Alan Wake American Nightmare (1) Alan Wake American Nightmare-Black Box (1) ANARCHY (5) Antara AES dan pemandu kereta perasan bijak (1) antivirus (6) ARTIKEL (90) Bethesda Softworks (2) Binary Domain (2) BioShock 2 (1) BioWare Corporation (1) bitComposer Games (1) Bugbear Entertainment (1) Call of Duty: Modern Warfare 3 (1) Call of Duty: Modern Warfare 3-Black Box (1) CARDING (3) CD Projekt Red Studio (1) CERITA (7) CRACKER (18) Crysis 2 (1) Crytek Studios (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition-Black Box (1) Darksiders (1) Darksiders II (1) Deface (1) Devil's Details (2) Digital Extremes (1) Doom 3:BFG Edition (1) Doom 3:BFG Edition-Black Box (1) EA Sports (1) Electronic Arts Inc. (4) ENGLISH MOVIE (29) Eurocom Entertainment Software (1) event (1) Exploit (76) FABLE III (1) Facebook Game Hack (1) FIFA 13 (1) FIFA 13-Black Box (1) Flashing (1) Flying Wild Hog (1) From Dust (1) From Dust-Black Box (1) From Software (1) gba games (1) Global Ops: Commando Libya (1) Global Ops: Commando Libya-Black Box (1) GORE (1) Hard Reset (1) Hard Reset-Black Box (1) HIJACK (2) History (3) id Software (1) iklan. (4) Infinity Ward (1) INFO (35) iPhone Jailbreak (9) ISU SEMASA (33) JOB (1) JOOMLA (1) KILLUMINATI (7) Konami (1) Lain-Lain Trick (1) LionHead Studios (1) MAKE MONEY (1) MALAY MOVIE (15) Mass Effect 2 (1) Max Payne 3 (1) Max Payne 3-Black Box (1) Maxis (1) Microsoft Game Studios (1) misteri (4) MOBILE (1) MUJAHID (27) music album mp3 (20) n-gage (1) Namco Bandai Games (3) NDS (1) Notepad Trick (1) OS (5) OTHER MOVIE LANGUES (8) PC GAME (141) photo (5) political (2) Pro Evolution Soccer 2013 (1) Pro Evolution Soccer 2013-Black Box (1) Prototype 2 (1) Prototype 2-Black Box (1) PS VITA (4) PS3 GAME (32) PSN GAME (6) PSP (7) PSPGAMES (4) puisi (1) putlocker games (5) Racing (1) Radical Entertainment (1) religion (12) Remedy Entertainment (1) repack game (1) REVEAL (32) Ridge Racer Unbounded-Black Box (1) Rockstar Games (1) S60v2 (1) Samsung U1000 (1) SEGA (2) SEO (2) Shooter (2) Shooting (2) Soalan bocor SPM 2012 ada di sini (1) Soft Skills Guide (1) software (31) Spectral Games (1) Sport (2) Strategy (1) SYSTEME (3) The Darkness II (1) The Darkness II-Black Box (1) The Elder Scrolls V: Skyrim (1) The Elder Scrolls V: Skyrim-Black Box (1) The Sims 3 (1) The Sims 3 Complete (1) The Sims 3 Complete-Black Box (1) The Witcher 2: Assassins of Kings (1) THQ Inc (2) tips (1) TOKOH (1) tool (2) Tutorial (30) TWEAK (6) Ubisoft Studios (1) UNDERGROUND (4) video movie (1) video music (1) Vigil Games (2) Website Hack (1) wii (2) XBOX360 (7) xboxone (1)

Total Pageviews

Blog Archive

LIST