Assalamualaikum..Ketika hayat Rasulullah, baginda
begitu gigih menyebarkah dakwah Allah ke serata alam.
Matlamat mendaulatkan agama Allah di muka bumi
sentiasa menjadi asas kepada perjuangan baginda. Lantas,
baginda pernah mengirimkan sepucuk surat kepada
pemerintah Rom, Hercules sebagai salah satu agenda
dakwah baginda. Apa yang ditulis baginda? Jom kita
tengok surat surat baginda:
" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada
Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa
yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu
dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu
selamat . Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika
kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat
bawahanmu.
Kemudian baginda menulis firman Allah (maksudnya)
:”Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama
antara kami dan kamu; Iaitu kita semua tidak menyembah
melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya
sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita
mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-
orang yang dipuja selain dari Allah”. Kemudian jika
mereka (ahli kitab itu) barpaling (enggan menerimanya)
maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah bahawa
sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam” –Ali
‘Imran: 64. " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Isi utama surat beliau ialah sesiapa yang menghalang
kebenaran daripada tersebar, maka dosa segala orang-
orang di bawahnya dan yang dihalangi daripada menerima
kebenaran akan ditanggung olehnya. Masyaallah.
Bayangkan betapa ramai yang sanggup memesongkan dan
menyembunyikan kebenaran hanya kerana ketamakan
harta, kuasa, kepentingan politik dan kepentingan
peribadi. Berhati-hatilah. Dosa kita sendiri pun sudah tak
terhitung, inikan pula menanggung dosa orang lain.
Berkatalah benar walaupun pahit.
*Dipetik daripada: http://drmaza.com/home/?p=1668
No comments:
Post a Comment