<<< 22 APRIL 1998 >>>
Petang tu,mak ayah marahkan aku..
“Bujuk tahu tak kita ni miskin..belajarlah betul-betul.nanti apa orang kata,dah la miskin sekolah pun tak menjadi..”
Macam mana aku nak fokus belajar dalam keadaan lapar?
Serba kekurangan.
Malam tu aku berjaga sepanjang malam.peristiwa petang tadi asyik bermain di fikiran.
Aku sedih sebab buat mak aku menangis lagi.
Manik-manik kaca bersinar di kelopak mata aku.
Fikiran aku kusut.akhirnya dalam kelelahan melayan emosi,aku terlelap.
Esoknya aku bangun awal-awal pagi.
Aku keluar dari rumah senyap-senyap.tapi terserempak dengan tok wan.
“mana bujuk nak pegi ni dengan beg pakaian..”
“saya nak keluar cari kerja.nak tolong ayah dengan mak”
“macam mana dengan sekolah?”
“entah la tok wan..”
Tok Wan halang aku.tapi aku berkeras jugak.dia termenung,kecewa.
<<< 13 JUN 1998 >>>
aku berjaya dapatkan keje di bandar.
Mulai hari tu,aku keje sungguh sungguh.
Letih.penat.
Tapi bila fikirkan soal duit,aku gagahkan diri.
Sebulan sekali,aku akan hantar duit kepada mak ayah melalui tok wan.
Tapi aku suruh tok wan rahsiakan.
Aku faham perangai orang tua aku.
Kalau dah marah,dia tak kan terima duit tu.
hari ni 1 syawal.Aku pulang ke kampung.
Letih dan penat sepanjang bekerja,semua hilang sebaik saja sampai depan rumah.
Tapi aku tak masuk pun.
Aku pandang dari jauh.
Aku tau,mak dan ayah tak kan terima aku.
Sebab aku lari dari rumah.
Aku dapat lihat adik-adik aku riang bermain di halaman rumah.
Ni la syawal pertama aku tanpa keluarga disisi.
Aku teringin sangat nak beraya bersama mereka.
Aku teringin nak makan masakan mak.
Agak lama aku disitu,
memandang sekeliling rumah,
melihat gelagat mereka..
meskipun tak dapat berdampingan dengan mereka,
melihat mereka dari jauh dah dapat mengubat rindu aku.
<<< 14 JANUARI 1999 >>>
1 hari ditempat keje,
aku terasa sakit-sakit dalam kepala.
Aku cuba tahan.aku teruskan kerja.
Makin aku gagahkan diri,makin aku rasa sakit.
Akhirnya Aku pengsan..
Majikan aku,Encik Majid bawa aku ke hospital.
Doktor kata aku hidap kanser otak.aku kena tahan di wad.
Berminggu-minggu aku di wad,sakit aku makin teruk.
Tak ada pun orang di samping aku.
Bukan macam pesakit disebelah aku,
selalu ja ada keluarga datang melawat.
Bawak itu ini.
Air mata aku selalu bergenang.
Berminggu-minggu diwad,
aku cuma terbaring di katil hospital.
Aku minta izin doktor untuk keluar.
Tapi doktor tak bagi.
aku larikan diri dari wad.
Aku nak pulang berkerja.
Kalau aku tak keje,macam mana aku nak hantar wang untuk mak ayah.
Aku tak nak adik aku jadi macam aku.
Aku cuba gagahkan diri untuk berkerje.
Aku cuba lupakan sakit yang aku tanggung ni.
Dan cuba hidup macam biasa.Macam orang-orang lain.
Tapi aku tak terdaya,
keseimbangan tubuh aku hilang.Sebelah tubuh aku kebas..
sekali lagi aku rebah..
mujur lah majikan aku baik hati..
dia bawa aku kerumah nya..
sepanjang aku sakit,dia dan isterinya yang jaga aku..
lagipun dia takde anak.isterinya tak dapat beranak.
Encik Majib nak bagitau keluarga aku tentang keadaan aku..
tapi aku halang..
aku tak nak susahkan mak ayah.
Cukup lah dengan masalah di rumah,
aku tak nak sakit aku ni akan beban kan mereka pulak nanti.
<<< 12 FEBRUARI 1999 >>>
doktor cakap penyakit aku ni tak dapat disembuh,
tapi encik majid dan isteri berusaha jugak cari penawar untuk aku.
Aku tak tahu macam mana nak balas jasa baik mereka.
Semoga Allah memberkati mereka berdua.
Aku sangat rindukan keluarga aku..
entah apa yang mak ayah sedang buat sekarang ni,
adik-adik dah makan ke blom..
tok wan sihat ke tak..
itu lah yang selalu bermain difikiran aku..
sampai termimpi mimpi..
<<< 14 FEBRUARI 1999 >>>
1 hari di sebuah desa,
cahaya matahari pagi bersinar sinar terbias atas embun-embun yang bergantungan di daun-daun pokok.
Berkilau-kilau.sangat indah.Macam manik manik kristal.
Air tasik beriak-riak kecil.Kupu-kupu berterbangan sana sini.
Aku cuba tangkap kupu-kupu tu,
aku tau adik-adik aku suka kupu-kupu..
aku nak tangkap banyak-banyak,lepas tu bagi kat adik aku.
Mesti dia orang gembira..
aku kejar kupu-kupu tadi,sampai la ke sebuah rumah.
Rumah itu aku kenal.rumah aku.
Langkah aku terhenti.aku biarkan kupu-kupu tadi pergi.
Ramai orang berkunjung ke rumah aku..
aku pandang dari jauh..
beberapa saat kemudian,sekujur jenazah diusung keluar dari rumah..
ya..jenazah itu adalah aku.
Pemandangan pagi dah tak secantik tadi..
aku terjaga dari mimpi..
aku rasa sebak..aku pejam mata.sambil baring aku bayangkan balik wajah-wajah keluarga aku.
Mak.ayah.tok wan.adik-adik.
Hiba.itu lah yang aku rasa.
Aku harap sebelum aku pergi,aku sempat jumpa mereka.
Aku terkilan sebab tak dapat terus bekerja,dan hantar duit untuk mak ayah.
Tolong mereka.ringankan beban.
Aku menangis,dan menangis senyap senyap disebalik bantal.
Menangis dan menangis sampai tertidur.
<<< 15 FEBRUARI 1999 >>>
Kata doktor,
kalau tumor dalam kepala aku ni makin membesar,
aku berkemungkinan kehilangan daya ingatan.
Sebelum semua tu terjadi,aku tulis diari ni.
Mungkin selepas kamu semua baca diari ni,aku dah takde.
Pulang menghadap Ilahi.
<<<<< TAMAT >>>>>
SEDIKIT INFO :
Terdapat dua kategori tumor otak..
tumor otak primer – tumor ini berasal atau tumbuh dari otak
tumor otak sekunder – juga dikenali sebagai metastatik.berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru,buah pinggang,payudara dan kulit.
Kesan daripada tumor otak :
kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala,kelemahan,atau kekebasan sebelah badan..
gangguan ingatan atau perubahan personaliti
Tidak ada sebarang garis panduan untuk mencegah tumor otak dari berlaku.
Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dlm otak.Jika ini berlaku segeralah berjumpa doktor atau pakar neurologi dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan.
Perubahan tingkah laku seperti bersikap “tidak apa”,hilang ingatan,hilang tumpuan dan kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak.ini kerana setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu.
sumber

No comments:
Post a Comment