Ya.
Ramai orang marah polis dalam 2 hari neh. Bagi aku kemarahan dorang jelas.Aku boleh faham. Bagi aku, dorang marahkan polis atas sebab ;
1. Polis salah sebab kacau orang yang sedang berdemo. Apatah lagi yang terlibat neh ialah pro mahasiswa.
2. Polis salah sebab bantai mahasiswa.
Ini punca kemarahan dorang. Aku hormat. Tapi ini pula pandangan aku, kenapa korang kena fikir isu neh sedalam-dalamnya sebelum meletakkan kesalahan ke atas bahu polis semata2. Bagi aku ;
- polis salah semata2 <-- tipu.
- mahasiswa salah semata2 <-- tipu.
- polis dan mahasiswa sama2 bersalah semata2 <-- tipu.
- polis, mahasiswa dan seme yang terlibat dalam spin kisah asal adalah bersalah <-- betul.
Biar aku jelaskan pandangan aku disini. Aku telah tolak pemikiran aku yang pro pakatan rakyat ke tepi terlebih dahulu. Ini aku buat sebab aku mahu menghebahkan fakta. Walaupun aku pro pakatan rakyat, itu bukan alasan aku kena memberikan analisis yang memenangkan pembangkang. Aku lebih suka menekankan konsep bahawa benda yang salah tetap salah dan benda yang betul tetap betul.
Dua perkara neh tidak boleh bercampur sampai bebila. Tetapi ia boleh berkompromi andai masing2 sudi belajar dan terima kelemahan diri memasing. Dalam isu mahasiswa vs polis, ia adalah bukti bahawa provokasi sampai bebila pun tidak boleh menyelesaikan apa2 masalah. Bawa masalah, boleh. Selesaikan masalah? Tidak boleh.
Aku pun suka nak menyalahkan polis dalam insiden neh. Bagi aku, polis di malaysia neh terlalu menuruti arahan pemerintah. Ada berapa banyak kes jenayah yang berlaku? Apa dorang buat? Aku pun tak tahu sebab aku bukan polis. Tapi, bila melihat staststik naik mencanak2, ini memberikan aku persepsi yang kaedah yang digunapakai oleh pdrm untuk cegah, atasi, tahan dan banteras penjenayah sememangnya totally failed.
Isu mahasiswa vs polis neh sangat berbeza dengan isu polis vs bersih. Dalam isu bersih 2 ia memang jelas, provokasi datang dari pihak sana. Kami peserta2 bersih ialah dipihak yang bersabar, beralah, matang lagi tenang dalam menghadapi isu serta provokasi2 dari pihak lawan.
Dalam isu bersih, kami datang cara baik. Kita deal cara baik. Tiada provokasi malahan kita melarang rakan2 kita provoke dan merosakkan barang awam. Biar polis serang kita, jangan kita serang polis dan jangan sesekali kita balas balik kekerasan mereka. Kita ada garisan panduan yang jelas untuk bersih. Kita pegang undang2 kita.
Sebab itu, walau apa jua cara yang telah kerajaan gunakan untuk gambarkan bahawa kami ialah di pihak yang salah mereka tetap gagal. Kerana kami benar2 berdiri di atas jalan yang betul. Laluan kami betul. Laluan kami menuju ke arah matlamat yang betul dengan menggunapakai kaedah yang betul.
Untuk berjuang, bukan hanya niat sahaja yang perlu betul. Kaedah kita juga perlu betul. Boleh kah seseorang yang mahu memperjuangkan islam tidak bersolat kekawan? Boleh kah? Dia malas bersolat tapi bercakap pasal islam pongpang2. Boleh kah?
Sebab itu dalam isu mahasiswa vs polis aku gemar menyalahkan kesemua pihak yang terlibat. Dan yang paling teruk ada pro pakatan rakyat yang cuba spin fakta sebenarnya. Peh.. dia cakap dia benci kezaliman dan fitnah tapi bila dia sendiri buat okey. Time tue kebencian dia terhadap kezaliman tah kemana, fitnah tah kemana. Ini bagi aku hipokrit.
Bagi aku salah dan betul tidak tertakluk melalui sokongan kepada mana2 parti tetapi lebih kepada satu2 isu. So dalam isu neh apa yang aku nampak menerusi info beberapa blogs [pro bn + pr ] dan video youtube ialah ;
1. Mahasiswa berdemo cara baik pada awalnya.
2. Polis datang meninjau keadaan.
3. Mahasiswa tiba2 jadi panas. Siap baring atas jalan. Ini terjadi sebab polis datang ke lokasi demo.
4. Polis kemudiannya berbincang cara baik dengan mahasiswa. Polis beri laluan kepada mahasiswa untuk berdemo. Dalam erti kata lain, mereka izin mahasiswa habiskan apa yang ingin mereka lakukan. Waktu tue aku rasa cam mimpi jap. Ini bias. Aku dulu pergi bersih tapi layanan terhadap aku dan rakan2 bersih adalah berbeza dengan apa yang pendemo neh dapat. Maybe, polis cuba bersikap tolak ansur.
5. Selepas itu aku nampak gambar kubur. Gambar untuk kuburkan auku dan siap letak gambar najib. Aku tak faham tujuannya kenapa tetapi kalau ditanya pada aku, gambar najib tidak perlu sebenarnya. Memang kita seme benci kezaliman najib tetapi meletakkan gambar najib hanya meletakkan perjuangan mahasiswa yang mahukan kekebebasan akedemik menjadi pro partisan.
6. Salah me mahasiswa dilihat pro partisan? Ya, salah. Sebab mahasiswa yang anti auku neh bukan hanya pro pr sahaja. Ramai juga yang pro-bn tapi anti auku. Malahan yang bebas lagi ramai anti auku. Tapi mereka malas nak amek port sebab perjuangan anti auku neh dilihat pro partisan tertentu. Bila perjuangan neh kurang mendapat tempat macam mana nak menekan dengan lebih kuat? Lagi ramai yang sokong, lagi cepat tercapai matlamat.
7. Meletakkan gambar najib juga memberikan persepsi bahawa perjuangan mahasiswa adalah semata2 nak bebas berpolitik. Walaupun ini mungkin bukan niat mereka pada malam itu tetapi inilah persepsi yang terhasil. Sedangkan kebebasan berakedemik bukanlah semata2 bebas berpolitik sahaja. Ia adalah lebih luas. Mahasiswa haruslah lebih bebas memberikan pandangan yang bersifat ilmiah tanpa ditekan oleh mana2 pihak. Ini sebenarnya yang dijuangkan oleh mahasiswa.
8. Tapi apa yang diterjemahkan pada malam tersebut adalah sangat2 menyimpang dari apa yang ingin disampaikan. Mahasiswa letak gambar najib. Ini mungkin menjadi simbolik kepada orang lain yang melihat perjuangan neh lebih kepada kehendak parti tertentu. Jangan marah persepsi mereka. Sebab yang memilih untuk meletakkan gambar najib adalah anda, yang berdemo pada malam itu.
9. Salah meh pakatan rakyat anti auku? Tak salah. Pakatan rakyat di laluan yang betul. Tetapi bukan mahasiswa pada malam itu. Mereka berada di laluan yang salah. Mereka haruslah di lihat bebas dari pengaruh mana2 parti sebab itu gambar najib pada malam itu adalah sesuatu yang tidak perlu ada. Mahasiswa harus faham perjuangan mereka mestilah selari dengan apa yang mereka mahu sampaikan. Ko pongpang2 bebas tapi letak gambar najib dalam masa yang sama ko nak orang lain pandang ko sebagai bebas? Memanglah orang rasa ko sedang buat lawak.
10. Selepas itu ada mahasiswa yang panjat pagar terjerit2. Panggil orang anjing dan sebagai. Selepas itu hentak2 pagar. Pagar itu apa kekawan? Barang awam. Ko nak menjerit, jeritlah. Apahal ko memangsakan pagar tersebut? Bila dilihat ko menimbulkan provokasi, ini buka peluang kepada polis untuk heret ko. Dalam erti kata lain, ko yang salah.
11. Aku pun pernah berhadapan dengan situasi yang ko hadapi. Tetapi beza antara aku dengan ko ialah ko buat provokasi dan aku pula tidak. Sebab aku faham sangat perjuangan dan matlamat aku. Aku mahu orang lain melihat aku berada di laluan benar dari awal sampai akhir. Di mulai dengan niat dihabiskan dengan salam mestilah mengikuti kaedah yang benar.
Sebab itu aku lepas dan ko ditahan. Dan bila polis dah seret, ko melawan. Adatlah melawan. Aku faham. Tapi kenapa masa panjat pagar tak fikir bahawa perbuatan itu boleh menjurus kepada provokasi? Kenapa? Kenapa emosi mesti atas daripada akal?
12. Dan bila ada yang pengsan [safwan anang], kenapa ada mahasiswa yang berlari2 pergi pecahkan klinik atas alasan nak selamatkan mangsa? Hellloo kawan.. lue doktor meh? Lue nurse meh? Lue tahu dia sakit apa meh sampai tiba2 lue boleh terfikir nak amek ubat? Faham isu tak disini? Mari sini aku explain detail ;
Ali pengsan tiba2 atas jalan. Saya kelam kabut pecahkan klinik nak amek ubat. Saya taktahu ali sakit apa, saya bukan doktor, saya tiada kepakaran dalam bidang perubatan, ubat pun saya tak kenal tapi saya pergi pecah klinik sebab nak selamatkan kawan2 saya. <-- Yigyoo boyaaaa? Kan dah terkeluar bahasa korea aku.
Hello kawan, lue salah bila lue sendiri pergi pecahkan klinik. Pada saat lue pecahkan klinik itu bererti tiada nurse dan doktor di dalam klinik terbabit. So kalau lue pecahkan klinik pun ubat apa jek yang lue boleh bagi pada kawan lue? Obso maah. Apa pun tak boleh. Nak taknak lue kena bawa dia pergi hospital. Ini barulah tindakan yang betul.
Macam mana ko boleh terfikir nak pecahkan klinik nak selamatkan member ko padahal dia sakit apa pun ko tak tahu.. pelik dowh. Lagi cakap pasal nyawa, pasal mati tapi sendiri pergi rempuh klinik, tak fikir pun kesan dan akibatnya. Silap tercucuk kaca.. mana nak tahu kan?
So kalau polis membalas aksi negatif ko dengan apa2 yang mereka buat, adalah betul pada ketika itu. Sebab ko tiba2 pergi rosakkan harta awam. Jadi, kalau ditahan memang adalah wajar sebab sendiri cari pasal.
13. Selepas itu kecoh dengan isu polis balon mahasiswa di dalam lokap. Yang neh polis mengaku ada memukul mereka tetapi tidak pasti samada di dalam lokap ataupun apa. Jika benar di dalam lokap bagi aku tidak wajar. Sebab polis dah tahan mereka. Ambil keterangan dah cukup. Kenapa perlu bantai membantai?
14. Ingin juga aku tekankan disini, masyarakat dah memandang polis itu jahat dan pro bn. Oleh itu walaupun apa sahaja yang polis buat mereka dah takan percaya lagi walaupun benda itu benda baik. Perkara neh terjadi sebab polis sendiri yang salah apabila mereka tidak tahu membezakan apa itu tugas menuntut keadilan dan tunduk dengan kehendak parti politik.
Bila polis sendiri yang memaksa rakyat menanam persepsi tersebut, sedikit sebanyak polis kena redha dan akur kenapa rakyat memandang mereka sebagai penjahat pada malam demo terbabit. Aku boleh faham niat polis nak kawal keadaan. Aku boleh nampak polis dah beri kerjasama yang sepatutnya. Tapi itu tidak akan menyebabkan aku menghormati pdrm kembali. Tidak selagi mana mereka sendiri tidak berusaha bebaskan diri dari cengkaman bn.
15. Bagi aku punca mahasiswa bertindak menggunakan emosi pada malam itu adalah disebabkan oleh kehadiran polis. Akal mereka tidak boleh menerima bila mana polis muncul di dalam lokasi demo. Sedangkan ada banyak lagi kerja2 yang polis perlu buat tapi kenapa sibuk nak jaga peserta demo? Disebabkan inilah mereka jadi marah. Aku setuju polis tidak perlu buang masa menyemak dalam demo2 pro rakyat tetapi aku tidak setuju kita lakukan provokasi untuk zahirkan mesej kepada pihak tertentu.
16. Namun menipu dan menfitnah mengatakan bahawa polis mencederakan beberapa mahasiswa juga adalah sesuatu yang aku tidak sokong. Macam dalam isu safwan anang. Hal yang diperbesar2kan sehingga menjadi kaget. Itu semua tidak perlu sebenarnya.
Fikirlah kesan nya dengan mendalam untuk jangka masa yang panjang. Memanglah ia adalah isu menarik untuk membalon polis bila safwan masuk hospital apatah lagi kita selama neh dah memang menyampah dengan polis2 yang hanya jaga kepentingan bn tapi boleh kah kita balon depa atas isu fitnah dan di ada2kan? Sudah tentu salah.
Dan bila kebenaran semakin jelas, orang akan jadi keliru. Ada yang sokong dan ada pula yang lari dari menyokong. Orang yang sokong ada macam2 alasan dan orang tak sokong pun ada macam2 alasan. Walaupun mahasiswa yang terlibat dalam demo neh bukan calang2 mahasiswa, mahasiswa2 yang hebat dalam akedemik tapi itu bukan kayu pengukur bahawa mereka juga hebat dalam menanggani emosi. Apakah arif alfian bukan golongan cerdik pandai? Tapi apakah jalan hidup yang dipilih dia? Dengan menjadi gay?
Mahasiswa kena buktikan terlebih dahulu perjuangan mereka adalah betul dengan belajar mengawal emosi masing2. Jangan pernah bagi ruang untuk pihak luar mencari kelemahan dalam perjuangan mahsuhkan auku. Kena pandai kawal situasi. Jangan sesekali bagi alasan pada bn untuk meneruskan auku dengan mempamerkan sikap ganas dan provokasi apabila berdemo.
Sendiri juga yang pongpang boleh berpolitik cara bijak. Boleh menyuarakan perbezaan pendapat cara bijak. Tapi bijak kah anda apabila melakukan provokasi melampau dan meletakkan emosi atas dari akal?
Boleh jadi disebabkan usia, maka mereka dengan mudah lekas naik. Boleh jadi disebabkan usia, maka mereka cenderung memikirkan apa sahaja yang mereka buat asalkan ada niat yang baik, maka ia semua adalah betul. Tetapi sayang, apa yang mereka fikir dan sangka adalah salah sama sekali.
Walaupun aku 100% menyokong perjuangan pro mahasiswa dalam menolak dan meminda auku tetapi aku tidak bersetuju mereka menggunakan cara provokasi dan emosi. Kita orang islam. Apabila kita berada dalam situasi dilemma, kita kena ikut balik perjuangan Nabi saw kita.
Sebab itu aku ingin nasihatkan kepada pejuang2 auku, pandai2lah membezakan perjuangan parti dengan auku. Kalau kita duduk dalam pas, kita berbicara pas adalah logik. Tapi kalau kita duduk dalam auku, tapi kita bicara pasal pr memang pelik. Apatah lagi dengan mempongpang balon bn dengan isu2 yang tak berkaitan. Perjuangan auku, tapi membebel pasal zina [contoh], ada kena mengena ka?
Jangan salah faham, zina aku pun anti. Tetapi kita sudah ada landasan tertentu untuk balon kerajaan dengan isu itu. Jadi tak perlu sibuk merapu sakan dengan menggunakan landasan yang lain. Benda yang sama juga aku tekankan dengan perjuangan pro mahasiswa dalam isu auku. Pastikan niat membalon kerajaan dalam isu auku diteruskan. Tetapi jangan campur adukkan ia dengan benda lain. Jangan memperlihatkan anda pro mana2 partisan. Jangan juga sesekali menggunakan cara yang salah untuk sampaikan mesej.
Walaupun niat anda memang baik tetapi jika penyampaian anda tidak baik, ia tetaplah tidak baik. Mungkin ada yang akan bagi alasan alahh bn boleh jekk.. guna himpun lah.. guna perkasa lah.. untuk balon pr dan sebagainya. Jangan. Kena faham kenapa kita anti bn. Kita berbeza dengan bn. Kalau kita pun mahu meniru apa yang bn buat, jangan sibuk canang kita berbeza dari bn. Jangan sibuk canang kita lebih baik dari bn. Jangan pernah sibuk. Jangan.
sumber

No comments:
Post a Comment