BUNKER DAN TEROWONG MISTERI DI MALAYSIA
1. Ada beberapa data yang sedang saya analisis untuk mendapat sedikit maklumat tetapi masih gagal, jika saya mempunyai ilmu dalam kejuruteraan, senang kerja-kerja saya.
2. Dulu riuh juga dalam alam maya ini menceritakan terowong-terowong dan kompleks bawah tanah yang dikawal rapi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), apabila saya baca, saya tersenyum, saya terfikir ianya “Mengarut” tetapi dalam saya pandang remeh, saya minat juga mencari kebenaran maklumat-maklumat ini.
3. Sehinggalah saya terjumpa maklumat ini, iaitu senarai pintu besi/kalis bom yang diimport dari sebuah negara luar untuk kegunaan beberapa projek yang dilabel sebagai “Special Construction Project” di Malaysia.
Semua data di bawah di ambil dari laman web profail kompeni sebuah syarikat antarabangsa
————————————————————————————————————–
Diskripsi Produk Year Unit Lokasi
Perlindungan pelbagai kenderaan
Pintu Gelunsur Kalis Letupan dengan
ukuran 7 bar, digerakkan oleh
motor elektromekanikal
(overall size 4900mm
x 4400mm) 2003 24 Malaysia
Pintu Ayun Kalis Letupan dengan
ukuran 7 bar
(overall size 1100 mm
x 2400mm) 2003 6 Malaysia
Type Igloo Satu Kenderaan
Pintu Gelungsung dengan motor
elektromekanikal, tahap perlindungan
ukuran 7 bar (saiz 5500mm x 3950mm) 2003 38 Malaysia
Pintu Gelungsur dengan motor
mekanikal, tahap perlindungan
ukuran 7 bar (saiz 5500mm x 5250mm) 2003 6 Malaysia
Pintu Gelungsung dengan motor
mekanikal, tahap perlindungan 3 bar
(saiz 900 x 2100mm) 2004 10 Malaysia
Pintu Gelungsung dengan tahap
perlindungan 7 bar (saiz 1600mm x
1800) 2004 1 Malaysia
Pintu Gelungsung dengan tahap
perlindungan 3 bar (saiz 2500mm x
2100) 2004 2 Malaysia
Pintu Kalis Letupan Berkembar
dengan perlindungan tahap 7 bar
(1800 x 2100mm) 2004 2 Malaysia
Pintu Kalis Letupan Berkembar
dengan perlindungan tahap 3 bar
(saiz 2750 x 2100mm) 2004 2 Malaysia
Single Leaf 3 bar rated mild
steel blast door (overall size
900mm x 2100mm) 2005 6 Malaysia
Single Leaf 7 bar rated mild
steel blast door
(overall size 900mm x 2100
mm) 2005 6 Malaysia
Sliding 3 bar rated mild steel
blast door with manual
operated gear trolley
(overall size 5000mm x
3000mm) 2005 6 Malaysia
Sliding 7 bar rated mild steel
blast door with manual
operated gear trolley
(overall size 5000mm
x 3000mm) 2005 6 Malaysia
Sliding Blast Door 7 bar rated
with electromechanical drive
system
(overall size 3m x 3m) 2005 1 Malaysia
Hangar Sliding Door
Sliding Metal Clad Door with
electromechanical drive system
(overall size 36000mm
x 7200mm) 2005 2 Malaysia
Sliding Metal Clad Door with
electromechanical drive system
(overall size 20700mm
x 8400mm) 2005 10 Malaysia
4. Dari data di atas, menunjukkan sejumlah besar pintu kalis letupan dari besi telah dibawa masuk ke Malaysia, saiznya berbeza dari untuk memudahkan laluan seorang individu kepada yang boleh dilalui oleh kenderaan bersaiz lori.
5. Saya tidak mengetahui projek-projek milik ATM yang sedang dijalan atau sudah dilaksanakan tetapi selain dari kegunaan tentera, pintu kalis bom ini biasanya boleh dijumpai di kawasan loji memproses petro kimia.
6. Kita andaikan bahawa pengimportan pintu-pintu kalis bom ini digunakan untuk projek Terowong SMART tetapi pendapat ini disanggah oleh kawan-kawan saya kerana pintu terowong SMART yang maha berat dan digerakkan dengan kuasa hidraulik itu merupakan pintu kedap air dan bukan pintu kalis letupan (Saya sendiri pernah memasuki aras terbawah Terowong SMART dan saya sendiri melihat pintu ini tetapi entahlah…saya tidak pasti sama ada ianya memang pintu kalis air atau kalis letupan sebab boleh jadi Terowong SMART ini sebenarnya ada macam-macam kegunaan).
7. Jika kita perhatikan pada data di atas, ada perkataan Single Vehicles Igloo Type. Vehicles ini adalah kenderaan dan “Igloo” (bukan rumah orang Eskimo), biasa dikaitkan dengan sistem binaan berbentuk semi bulat yang diselaputi tanah.
8. Malaysia di antara tahun 2003 hingga 2005 membawa masuk 90 pintu kalis letupan untuk binaan Igloo ini dari saiz individu kepada yang boleh memuatkan kenderaan.
9. Saya tidak pasti projek apa yang sedang berlangsung ketika itu tetapi saya andaikan mungkin sebahagian besar digunakan untuk projek lapangan terbang Tentera Udara Di Raja Malaysia di Gong Kedak yang menempatkan pesawat-pesawat Sukhoi.
10.Binaan Igloo ini jika dalam projek-projek ketenteraan biasanya dikaitkan dengan tempat
penyimpanan senjata atau peluru yang mempunyai ledakan kuasa yang besar (bukan tempat simpan
peluru M-16 atau bom tangan).
11.Kebanyakkan pintu kalis letupan ini mempunyai “Rating” kemampuan menahan letupan setinggi 7 bar, ada pintu kalis bom yang boleh mempunyai kekuatan “rating” sehingga 50 bar.
12.Satu bar boleh menahan letupan bom seberat 500-lb (227 kilogram) Guided Percision Bomb seperti bom Mark 82, bom besi paling kecil yang biasa di bawa oleh pesawat tentera.
13.Projek bunker terbaru ialah oleh Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang sedang merancang untuk membina bunker bawah tanah siap dengan sistem lif bagi penyimpanan peluru dan amunasi kapal-kapal perangnya di Lumut.
14.Baiklah kita hentikan cerita berkaitan dengan ATM di atas, tidak perlu saya tulis banyak-banyak lagi. Saya rasa cukuplah setakat itu…data itu pun mungkin tidak tepat.
15.Bercakap mengenai bunker, di tengah-tengah bandara Kuala Lumpur terdapat satu kawasan bawah tanah yang terletak betul-betul di bawah Jalan Raja Chulan, berhampiran Muzium Telekom.
16.Selepas bertahun-tahun mencari maklumat, saya cuma memperolehi sedikit, ia dipercayai dibangunkan oleh pihak British sekian lama dahulu dan menghubungkan Bukit Nenas, Muzium Telekom dan mungkin ada pintu berhampiran dengan salah sebuah gereja di situ.
17.Saya ada tanyakan hal ini kepada beberapa rakan kontraktor saya, mereka bagaimanapun menafikan hal ini kecuali yang ada hanyalah sebuah terowong yang menghubungkan Muzium Telekom dan Menara Telekom di sebelah jalan.
18.Bagaimanapun ada saksi yang saya temui pernah memasuki bunker ini memberitahu, terdapat satu kawasan bawah tanah yang luas seperti padang bola di bawah di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja dengan ketinggian lebih kurang 6-7 kaki (dari lantai sampai bumbung).
19.Keseluruhan ruang diterang dengan lampu jenis kalimantang dan kabel dipercayai talian komunikasi berselirat di dinding-dinding kompleks bawah tanah itu.
19.Salah satu pintu masuk untuk ke bunker ini terletak di Muzium Telekom, saya sendiri tidak pasti sama ada ianya benar atau tidak kerana sudah bertahun-tahun saya tidak pergi ke muzium itu.
20.Di Tapah, jika kita mengikuti jalan untuk ke Cameron Highland, kita akan melalui satu loji (saya tidak ingat loji apa, loji air ke loji milik TNB ke) tetapi di sinilah terletaknya satu bunker atau terowong yang boleh memuatkan kenderaan serta amat panjang jarak perjalanannya.
21.Terowong ini lebih hebat dan panjang berkilometer dan dipercayai dibina pada zaman British dahulu, kalau tidak silap saya, Majalah 3 pernah menyiarkan rencana mengenai terowong ini.
21.Terowong dari Singapura ke Malaysia?? Anda tidak percaya, maaf selama hampir dua bulan saya membuat kajian mengenai bunker dan terowong yang ada di Malaysia dan menemui saksi-saksi yang saya kira mempunyai maklumat.
22.Sehinggalah saya terjumpa artikel di beberapa laman web (tidak tahu siapa yang tulis artikel ini) yang mengisahkan bahawa Tambak Johor mempunyai terowong lama yang dibina pada zaman British menghubung Singapura hingga ke Johor Bahru.
23.Pendedahan mengenai Terowong Rahsia Singapura ke Malaysia akan disambung pada para ke 24. (Iklan : Penulis hisap rokok dahulu, sementara itu bacalah artikel yang dipetik dari internet ini, semua di highlite dengan tulisan bold)
TEROWONG RAHSIA DI TAMBAK JOHOR
Saiz Fizikal : 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebar.
– Misteri terowong rahsia yang dibina oleh British di bawah Tambak Johor kini jadi semakin jelas kisahnya. Seorang aktivis masyarakat di Johor Bahru, hari ini menghubungi http://www.mayapute ra.blogspot. com/. Beliau memberikan beberapa perincian mengenai terowong berkenaan.
– Katanya, kisah terowong itu terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.”
– Katanya lagi, antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya.
– Tambahnya, dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk
kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura.
–Tetapi, katanya, berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini.
– “Oleh itu, tak ada siapa yang kini tau mengenai kegunaan semasa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu. “Sebab itulah juga anak-anak Johor yang tau hal terowong ini sangat-sangat kecewa bila Jambatan Bengkok dibatalkan pembinaannya, ” katanya.
– Seorang lagi pembaca http://www.mayapute ra.blogspot. com/ pula menyatakan
bahawa di dalam terowong berkenaan ada tersimpan berpeti-peti “mangga.” Saya minta dia menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “mangga.” Tetapi, pemanggil itu sekadar menyatakanbahawa pemerintah Malaysia sepatutnya tahu mengenainya.
– Tetapi, walau apa pun yang tersimpan didalam terowong tersebut, hati kecil saya tertanya-tanya: macam mana kalau ada pihak-pihak tertentukini menggunakan terowong itu untuk sesuatu operasi pengintipan dan sebagainya?
– Suara hati kecil saya ini mungkin merupakan satu kebimbangan yang tidak
berasas. Tetapi, bila kita mengenangkan kelicikan sesetengah pihak tertentu mutakhir ini, siapakahyang boleh mempastikan kegiatan seperti ini tidak akan berlaku?
– Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowong
berkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan.
– Mungkinkah begitu hakikatnya? Oleh itu, saya harap pihak pemerintah Malaysia akan mempastikan kewujudan terowong rahsia ini. Selepas itu, pastikan pula ianya tidak dicerobohi oleh mana-mana anasir yang berniat jahat terhadap Malaysia. – Ruhanie Ahmad.
TEROWONG RAHSIA DI IPOH
– M. Kulasegaran, ahli parlimen Ipoh Barat, berkata terowong misteri akan dikesan mulai bulan depan dengan kerjasama dua bekas pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang mendakwa pernah memasukinya, sekitar tahun 1960-an.
– Menurut Bernama, wakil Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan turut menyertai usaha mengesan terowong peninggalan penjajah Inggeris yang didakwa menghubungkan empat bangunan warisan di situ.
– Dua pekerja yang pernah bertugas di bangunan Dewan Bandaran Ipoh – sebelum ini dijadikan pejabat ketua polis Perak – diminta menolong mencari jalan masuk ke terowong berkenaan yang dipercayai dibina sekitar 1940-an.
– Kulasegaran berkata demikian selepas melawat bangunan Dewan Bandaran Ipoh hari ini.
– Seorang bekas pekerja itu S Arumugam, 73, yang turut menyertai lawatan itu berkata beliau pernah memasuki terowong itu sekitar 1960 semasa masih bekerja dengan MBI. Beliau mendakwa pintu masuknya mempunyai tangga dan terletak di bahagian hadapan bangunan dewan berkenaan, lapor agensi berita itu lagi.
– Tambahnya, terowong itu mampu memuatkan tiga orang dalam satu masa dan kelihatan seakan-akan longkang besar dengan ketinggian antara 1.5 hingga 1.8 meter.
– “Laluan di sepanjang terowong terbabit mempunyai lampu di bahagian kiri dan kanan untuk memberi pencahayaan sempurna supaya mereka yang melaluinya dapat melihat dengan lebih jelas,” Arumugam dipetik berkata.
– Kulasegaran menambah, terowong itu dipercayai digunakan oleh pihak berkuasa Inggeris untuk menghubungkan bangunan berkenaan ke mahkamah dan stesen kereta api untuk membawa penjenayah berbahaya seperti pengganas komunis.
– Katanya lagi, jika berjaya ditemui, terowong berkenaan akan menjadi satu produk pelancongan di negara ini sama seperti yang ditemui di Vietnam dan Singapura.
24.Maklumat dari Singapura menunjukkan terowong yang bersambung ke Johor Bahru ini terletak dalam daerah Marsiling, Woodland dan dipercayai boleh tembus ke Johor Bahru.
25.Pihak berkuasa Singapura sendiri tidak mempunyai rekod atau peta dan kegunaan terowong ini dibina, saya sendiri tidak pasti jika inilah terowong yang dikatakan mempunyai kedudukan yang selari dengan Tambak Johor atau mungkin ini merupakan salah satu terowong lain yang mempunyai mitos dan lagendanya yang tersendiri.
26.Seorang pengkaji sejarah dari sebuah universiti di republik itu memberitahu, terowong itu mungkin dibina oleh pihak tentera British sebelum tahun 1930an dan kemungkinan ia merupakan sebuah terowong komunikasi dan ada kemungkinan ia merupakan tempat penyimpanan minyak bawah tanah berdasarkan bau petrol yang kuat semasa dia memasuki terowong itu pada tahun 2006.

No comments:
Post a Comment