Wednesday, 4 January 2012

Apa itu "Anarkisme"? apa itu "anarki"? siapa sih para "anarki" itu?

Anarkisme adalah sebuah idea tentang hidup dengan cara yang lebih baik. Sedangkan Anarki adalah satu cara untuk hidup.

Anarkisme menganggap bahawa kerajaan (Negara) itu bukan sahaja tidak diperlukan tetapi juga berbahaya. Para anarkis adalah mereka yang mempercayai Anarkisme dan mempunyai hasrat untuk hidup di dalam anarki sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para leluhur kita dulu. Mereka yang mempercayai kerajaan (seperti kaum liberal, Marxsis, Konservatif, sosialis dan fasis) digelar sebagai "statist."

Awalnya Anarkisme mungkin terkesan sangat negatif - kerana oposisinya yang mentah. Namun sebenarnya, para anarkis mempunyai banyak idea positif mengenai hidup di dalam sebuah masyarakat tanpa kerajaan. Tidak seperti para Marxis, Liberal dan konservatif, mereka sama sekali tidak menawarkan cetak biru dari masyarakat.

Apakah para anarkis itu adalah "bomb thrower"?

Tidak - sekurang-kurangnya apabila kita membandingkannya dengan Kerajaan Amerika Syarikat, yang lebih sering membaling bom ke Iraq setiap hari berbanding para anarkis di dalam 150 tahun aktiviti gerakan mereka. Kenapa sih kita tidak pernah mendengar jolokan "bomb throwing president"? mana yang lebih berbahaya jika para anarkis yang melempar bom dengan kapasiti individu yang setara dengan tentera Amerika Syarikat yang menegak dan dominan?

Para anarkis telah aktif bertahun-tahun di pelbagai Negara, di bawah pemerintahan otokratik sampai ke pemerintahan yang demokratik. Kadang ketika berada di dalam keadaan akut yang represif, beberapa anarkis merasa relevan untuk membaling bom. Namun banyak pengecualian untuk aksi seperti ini. Stereotaip "anarkis pelempar bom" tersebut di buat oleh ahli politik dan wartawan di akhir abad ke-19, dan sampai sekarang mereka masih sering menggunakannya, bahkan jolokan tersebut adalah sesuatu yang terlalu dilebih-lebihkan.

Apakah pernah ada susunan masyarakat anarkis yang benar-benar bekerja?

Ya, dan beribu-ribu tatanan masyarakat anarkis pernah bekerja. Pada permulaan sejuta tahun atau lebih, seluruh manusia hidup sebagai 'hunter-gatherers' di dalam kumpulan-kumpulan kecil yang egaliter, tanpa ada hirarki dan juga pihak berkuasa. Mereka ini adalah para leluhur kita. Masyarakat anarkis pernah berjaya, kalau tidak, cukup diragukan keseluruhan dari kita sekarang ada disini. Negara baru berumur beberapa ribu tahun, dan memakan masa yang agak lama bagi Negara untuk menyingkirkan 'masyarakat anarkis yang terkini,' seperti para San (Bushmen), para orang-orang kerdil dan suku asli Australia.

Tapi bukankah kita tidak boleh kembali ke dalam cara hidup seperti itu?

Hampir semua daripada anarkis akan bersetuju dengan pendapat tersebut. Namun bagi para anarkis, untuk mempelajari masyarakat seperti ini, tetap menjadi sebuah pembuka mata yang boleh kita manfaatkan dari idea-idea mereka yang berguna seperti: kerjasama, individualisme, dan sistem sukarela yang di praktekan oleh masyarakat tersebut. Ambil satu contoh, para anarkis dan 'tribesmen' seringkali mempunyai kaedah penyelesaian konflik yang sangat berkesan termasuk pengantaraan dan timbangtara yang tidak terikat. Kaedah-kaedah mereka seringkali berjaya daripada sistem legal kita, kerana keluarga, persahabatan, lingkungan para jiran yang berselisih akan cuba saling mendamaikan dan dibantu oleh kepercayaan dan simpati di antara mereka, lalu mencari resolusi yang masuk akal dari masalah yang dihadapi. Pada tahun 1970an dan 80an, ahli akademik melihat bahawa ahli-ahli cuba mentransplantasikan kaedah seperti ini ke dalam sistem legal Amerika. Namun secara semulajadi transplantasi ini perlahan-lahan menghilang, kerana kaedah seperti ini hanya boleh berjaya di sebuah masyarakat yang tidak.

Para anarkis itu naïf: mereka fikir sifat semulajadi manusia itu pada dasarnya baik.

Tidak seperti itu. memang benar bahawa anarkis menolak idea-idea moral mahupun dosa besar. Idea-idea seperti ini kepunyaan dari agama di mana kebanyakan orang tidak lagi mempercayainya. Tapi anarkis juga tidak sepenuhnya percaya bahawa sifat semulajadi manusia itu pada dasarnya baik. Mereka melihat manusia sebagaimana tindakannya. Kenyataannya adalah manusia bebas dari segala macam 'esensi' (sifat semulajadi). Kita yang hidup di dalam kapitalisme dan sekutunya, iaitu Negara, adalah orang-orang yang tidak mempunyai peluang untuk menjadi apa-apa yang kita inginkan.

Walaupun para anarkis seringkali memperlihatkan bentuk moral yang baik di dalam masyarakat, sebanyak mereka kelihatan mempunyai kepentingan yang tercerahkan. Anarkisme bukanlah doktrin pengorbanan diri, walau banyak dari para anarkis berjuang dan mati kerana apa yang mereka percayai. Para anarkis mempercayai bahawa memperjuangkan pangkalan asas dari idea mereka akan mencipta kehidupan yang lebih baik kepada semua orang.

Tapi bagaimana kamu mempercayai kalau orang-orang tidak akan saling mengorbankan satu sama lain tanpa adanya kawalan Negara akan kejahatan?

Apabila kamu tidak percaya kalau orang-orang biasa tidak akan mengorbankan satu sama lain, lalu bagaimana boleh anda percaya kalau Negara tidak akan mengorbankan kita semua? Apakah mereka yang berada di kuasa adalah orang-orang yang tidak mementingkan diri sendiri, penuh dedikasi dan lebih superior dari orang-orang yang mereka kuasai? Semakin anda mempunyai kepercayaan kepada kamu, semakin banyak alasan bagimu untuk menjadi seorang anarkis. Dibawah anarki, kuasa disebarkan dan direduksi. Setiap orang mempunyai satu, dan tidak ada satu pun yang mempunyai lebih. Dibawah Negara, kuasa ditumpukan, dan kebanyakan masyarakat tidak memilikinya sama sekali. Bentuk kuasa seperti apa yang akan kamu lawan?

Tapi-realistik ajalah-apa yang boleh terjadi kalau polis itu tidak ada?

Sebagaimana seorang anarkis Allen Thornton mengamati, "perniagaan polis bukanlah untuk melindungi; perniagaan mereka adalah balas dendam." Mari lupakan Batman yang mengelilingi bandar dengan memerangi jenayah yang sedang berlaku. Rondaan polis tidak menghalang kejahatan atau menangkap jenayah. Ketika rondaan polis berhenti diam-diam di lingkungan masyarakat bandar Kansas, rating jenayah masih berada di peringkat yang sama. Namun ketika masyarakat bersama-sama menjaga persekitaran mereka dan saling memperingati akan kejahatan, penjahat akan memilih persekitaran masyarakat yang hanya dijagai polis. Bagi para jenayah kawasan-kawasan seperti itu tidak terlalu berisiko.

Tapi Negara moden telah sedemikian dalam terlibat di dalam peraturan seharian. Hampir setiap aktiviti mempunyai semacam hubungan dengan peraturan-peraturan Negara.

Memang benar - tapi ketika kamu memikirkannya lagi, kehidupan sehari-hari kita hampir semuanya adalah anarkis. Cukup jarang anda menemui polis kecuali ketika mereka sedang menilangmu kerana memandu terlalu cepat. Perancangan sukarela dan saling memahami hadir di hampir semua aktiviti. Sebagaimana anarkis Rudolph Rocker menulisnya: "fakta bahawa di bawah despotisme pun hubungan personal manusia dengan sahabat-sahabatnya dirancang dengan persetujuan yang bebas dan kerjasama yang solider, tanpa hubungan seperti ini kehidupan sosial tidak mungkin berlaku."

Kehidupan keluarga, membeli dan menjual, persahabatan, penyembahan, seks, dan masa lapang adalah anarkis. Bahkan di tempat kerja, yang dilihat oleh para anarkis sebagai sebahagian dari Negara, para pekerja masih boleh bekerjasama diam-diam, terlepas dari genggaman bos, dengan tujuan untuk meminimumkan dan juga agar cepat menyelesaikan pekerjaan. Beberapa orang mengatakan kalau anarki itu tidak berfungsi. Namun segala hal yang dikerjakan Negara berada di dalam sebuah asas anarki, bahkan di ranah ekonomi.

Bukankah para anarkis itu ateis? Kebanyakan orang bukanlah ateis.

Anda tidak perlu menjadi seorang ateis untuk menjadi anarki. Anarkis menghargai semua kepercayaan peribadi individu. Secara sejarah, kebanyakan anarkis menjadi ateis kerana institusi agama dalam sejarah selalu menjadi sekutu dari Negara, dan juga kerana menghalang orang-orang berfikir untuk dirinya sendiri. Semua anarkis menolak perikatan tidak suci antara agama dan Negara di mana itu, entah di Iran, Israel, ataupun di Amerika Syarikat. Tapi ada juga anarkis-anarkis agama yang inspiratif seperti para anarkis Kristian (Leo Tolstoy, Dorothy Day), anarkis yahudi (Paul Goodman), anarkis muslim (Hakim Bey), dan para anarkis yang menganut pagan dan kepercayaan-kepercayaan keagamaan timur lain.

Budaya?

Anarkisme selalu menjadi inspirasi bagi individu-individu kreatif yang memperkayakan budaya. Penyair anarkis seperti Percy Bysshe Shelley, William Blake, Arthur Rimbaud dan Lawrence Ferlinghetti. Essais anarkis Amerika seperti Henry David Thoreau dan abad ke-20 seperti, si anarkis katolik Dorothy Day, Paul Goodman, dan Alex Comfort (The Joy of Sex). Anarkis akademik seperti ahli linguistik Noam Chomsky, sejarawan Howard Zinn, dan anthropologis AR Radcliffe-Brown dan Pierre Clastres. Terlalu banyak Sastrawan anarkis di dalam senarai, mungkin yang lebih dikenali seperti Leo Tolstoy, Oscar Wilde, dan Mary Shelley (penulis Frankenstein). Pelukis anarkis seperti Gustav Courbet, Georges Seurat, Camille Pisarro, dan Jackson Pollock. Anarkis-anarkis kreatif lain seperti pemuzik John Cage, John Lennon, dan band crass, masih banyak lagi.

Misalnya pendapat tepat bahawa anarki itu adalah satu cara hidup yang lebih daripada sistem (Negara) yang ada sekarang ini, bagaimana anda boleh menyingkirkannya apabila Negara memang sekuat dan seopresif seperti yang kamu kata tadi?

Para anarkis selalu memikirkan soalan seperti ini. Dan mereka tidak mempunyai jawapan yang mudah. Di Sepanyol, pada tahun 1936 pihak Anarkis mencapai jumlah berjuta-juta orang dan tentera sedang mengusahakan rampasan kuasa, mereka membantu pekerja mengambil alih kilang-kilang dan secara serentak melawan fasis di barisan depan. Mereka juga membantuk petani-petani untuk membentuk kolektif-kolektif di desa-desa. Para anarkis juga melakukannya di Ukraine sekitar tahun 1918-1920, di mana mereka terpaksa melawan tentera Czar dan Komunis. Namun cara-cara tersebut bukan lagi cara yang akan digunakan kalau kita ingin menyingkirkan sistem di abad ke-21 ini.

Apabila mahal revolusi-revolusi yang menyingkirkan komunisme di Eropah bahagian timur, banyak kekerasan dan kematian yang berlaku, kejadian ini melebihi Negara-negara lain. Tapi apa yang boleh menurunkan politik, birokrat, dan jeneral-jeneral-musuh-musuh yang sama yang kita hadapi-hanya kerana majoriti daripada penduduk menolak untuk bekerja atau melakukan apa-apa yang akan membuat sistem yang sudah busuk ini untuk terus berjalan. Apa yang boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Moscow ataupun Warsaw ketika ini terjadi, menjatuhkan bom nuklear ke diri mereka sendiri? Membunuh semua pekerja yang bekerja demi kehidupan mereka?

Kebanyakan anarkis telah lama mempercayai kaedah yang mereka sebut sebagai 'mogok besar-besaran' boleh menjadi sebahagian penting untuk menyingkirkan negara. Iaitu, suatu penolakan atas kerja secara kolektif.

Jika kamu semua menentang kerajaan, kamu pasti menentang demokrasi.

Apabila demokrasi bererti masyarakat mengambil kawalan atas hidup kita sendiri, maka semua anarkis adalah, sebagaimana yang dikatakan seorang anarkis Amerika Benjamin Tucker sebagai, "demokrat Jeffersonian yang tidak pengecut" - satu-satunya demokrat yang sejati. Namun itu bukanlah demokrasi sebenarnya. Di kehidupan nyata, sebahagian orang (di Amerika, hanya segelintir orang) memilih ahli politik yang akan megnendalikan kehidupan kita dan membuat peraturan-peraturan dengan menggunakan birokrat-birokrat yang tidak dipilih juga polis untuk menjalankannya tanpa mempertimbangkan sama majoriti bersetuju atau tidak.

Sebagaimana yang pernah ditulis oleh ahli falsafah Perancis Rosseau (bukan anarkis), di dalam demokrasi, masyarakat hanya tidak di saat mereka memilih, dan di saat-saat selain itu mereka adalah budak-budak kerajaan. Dan para ahli politik di pejabat juga para birokrat biasanya berada di dalam kawalan yang kuat dari perniagaan-perniagaan besar, bahkan seringkali dibawah kawalan perniagaan-perniagaan yang mempunyai kepentingan tertentu. Semua orang mengetahui fakta ini. Tapi sebahagian orang terus-menerus mendiamkannya kerana mereka juga mendapat keuntungan dari para pemegang kekuasaaan. Yang lain tetap mendiamkannya kerana mereka tahu kalau protes itu sia-sia dan mereka berisiko di cap sebagai "pelampau" atau bahkan "anarki" (!) Jika memang seperti ini, demokrasi memang hebat ya!

Well, kalau kamu tidak memilih pegawai kerajaan untuk membuat keputusan, jadi siapa yang akan melakukan hal tersebut? Jangan bilang kalo kamu akan mengatakan kalau semua orang bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa mahal yang lain.

Pihak Anarkis mempunyai banyak idea mengenai bagaimana keputusan akan diciptakan di dalam sebuah masyarakat yang bersifat sukarela dan kooperatif. Kebanyakan anarkis percaya kalau masyarakat seperti ini harus berasaskan komuniti tempatan yang cukup kecil agar orang-orang saling mengenal satu sama lain, atau sekurang-kurangnya orang-orang akan menjalin pertalian seperti keluarga, persahabatan, dan berkongsi pandangan mahupun kepentingan satu dengan yang lain. Dan kerana ini adalah sebuah komuniti tempatan, masyarakat akan mempunyai pengetahuan bersama atas komuniti dan persekitaran mereka. Mereka akan menyedari bahawa mereka harus hidup dengan kesan atas keputusan yang mereka buat. Tidak seperti ahli politik dan birokrat yang memutuskannya untuk masyarkat (yang bahkan mereka tidak kenal).

Para anarkis percaya bahawa keputusan harus selalu dibuat di dalam level sekecil mungkin. Setiap keputusan di mana para individu boleh memutuskannya untuk diri mereka sendiri, tanpa campur tangan keputusan individu lain, yang juga perlu membuat keputusan mereka sendiri. Setiap keputusan yang dibuat oleh kumpulan kecil (seperti keluarga, konrgregasi keagamaan, organ-pekerja, etc) sekali lagi adalah keputusan mereka sendiri dan tidak dibenarkan mencampuri keputusan kumpulan yang lain. Keputusan-keputusan antara kumpulan yang menyebabkan pertembungan yang signifikan, jika benar-benar dikhuatiri oleh semuanya, dapat membentuk sebuah dewan tambahan untuk bertemu dan menangani masalah.

Dewan komuniti seperti ini bukanlah legislator. Tidak ada satu pun yang dipilih. Masyarakat harus bercakap untuk diri mereka sendiri. Dan ketika mereka akan membicarakan isu lebih khusus disitu, mereka cukup sedar bahawa bagi mereka, menang bukan, sebagaimana yang dikatakan oleh jurulatih kumpulan bola sepak Vince Lombardi, "segala-galanya." Mereka mahukan semua orang untuk menang. Mereka menghargai persahabatan mereka dengan jiran. Yang harus mereka lakukan, pertama, mereduksi salah faham yang ada dan mengklarifikasikan isu. Seringkali tindakan seperti ini sudah cukup untuk menghasilkan persetujuan. Jika itu memang tidak cukup, mereka boleh melakukan kompromi. Namun seringkali tindakan pertama sudah cukup. Jika memang tidak dapat berjalan sama sekali, dewan boleh menunda isu, semasa isu ini tidak memerlukan keputusan yang cepat, agar keseluruhan komuniti boleh merefleksikannya dan membincangkan masalah tersebut di pertemuan selanjutnya. Jika benar-benar gagal, komuniti yang harus mencari jalan apakah masih ada jalan bagi majoriti dan minoriti untuk berpisah dalam sementara waktu, maka kedua-duanya perlu mengemukakan apa yang mereka inginkan mengenai hal tersebut.

Apabila semua itu telah dilakukan, dan memang gagal, jika masyarakat mempunyai perbezaan isu yang tidak boleh disatukan, maka minoriti mempunyai dua pilihan. Dapat bergabung dengan majoriti, untuk kali ini, kerana keharmonian komuniti lebih penting dari isu yang di perjuangkan. Mungkin majoriti boleh merundingkan keputusan minoriti mengenai hal yang lain. Jika ini gagal juga, dan jika isunya memang sangat penting bagi minoriti, penyelesaian yang mungkin adalah memisahkan diri, seperti yang dilakukan oleh Negara-negara bahagian Amerika (Connecticut, Rhode Island , Vermont, Kentucky, Maine, Utah, West Virginia , etc). Apabila pemisahan diri mereka ini bukanlah sebuah alasan menentang statisme, maka ini tidak menentang anarki. Ini bukanlah kegagalan bagi anarki, kerana komuniti yang baru akan mencipta kembali anarki. Anarki bukanlah sistem yang sempurna - hanya saja lebih baik dari yang lain.

Kita tidak dapat memuaskan kepentingan dan kemahuan kita pada level tempatan sahaja

Mungkin tidak semuanya, tapi ada bukti dari arkeologi bahawa pernah terjadi perdagangan jarak jauh, lebih daripada beratus-ratus bahkan beribu-ribu batu, di era prasejarah yang anarkis di Eropah. Masyarakat primitif anarkis pernah dikunjungi oleh ahli anthropologi di abad ke-20, seperti para 'hunter-gatherer' San (Bushmen) dan suku tribal Trobriand, melakukan perdagangan seperti ini dalam hubungan dagangan antara individu - walaupun hubungan seperti ini lebih seperti saling memberi daripada yang kita fikir sekarang sebagai kepentingan dagangan. Anarki yang telah dipraktikkan tidak pernah bergantung pada self-suffiisiensi tempatan yang total. Namun banyak dari anarkis moden menegaskan bahawa komuniti dan daerah-daerah, harus boleh menjadi seself-suffisien mungkin, agar tidak bergantung pada bahagian yang luar yang jauh. Bahkan dengan teknologi moden, yang seringkali di reka bentuk untuk memperbesar pasaran komersil dengan menghancurkan self-suffisiensi, sebagaimana kerajaan dan korporat menginginkan lemahnya self-suffisiensi tempatan lebih dari yang kita tahu.

Satu definisi daripada "anarki" adalah kekacauan. Bukankah seperti itu wajah anarki yang sebenarnya-kekacauan?

Pierre-Joseph Proudhon, orang pertama yang mengaku dirinya seorang anarkis, menulis bahawa "kebebasan adalah ibu, bukanlah anak perempuan dari susunan." Tatanan anarkis lebih superior daripada susunan Negara kerana anarki bukanlah sebuah sistem undang-undang yang koersif, semuanya ini sesimpel bagaimana masyarakat dapat mengenal antara satu sama lain dan memutuskan bagaimana mereka akan hidup bersama-sama. Tatanan anarkis mengikut persetujuan dan perspektif bersama.

Bila sih falsafah Anarkisme diformulasikan?

Beberapa anarkis berpendapat bahawa idea-idea anarkis telah dinyatakan oleh Diogenes kaum Cynic pada peradaban Yunani Kuno, oleh Lao Tse di era China Kuno, dan beberapa mistik medieval juga selama abad ke-17 di Inggeris ketika terjadi perang saudara. Namun Anarkisme moden bermula dengan William Godwin dengan tulisannya Political Justice yang diterbitkan di Inggeris pada tahun 1793. Di bangkitkan kembali oleh Proudhon pada tahun 1840 (dalam tulisan What is Property?). Dia menginspirasikan gerakan anarkis di antara pekerja-pekerja Perancis. Max Stirner dengan tulisan The Ego and His Own (1844) dipertimbangkan sebagai pencerahan dari egoisme yang menjadi pangkalan asas nilai-nilai anarkis. Seorang Amerika, Josiah Warren, secara bebas mencapai idea yang sama di zaman yang sama dan menginspirasikan sebuah gerakan skala besar untuk mencapai komuniti utopian. Idea-idea anarkis dibangunkan oleh revolusi Russia Mikhail Bakunin dan juga oleh saintis Russia Peter Kropotkin. Para anarkis berharap idea-idea mereka berkembang seiring berubahnya dunia.

Para revolusioner ini terkesan mirip sekali dengan Komunisme, yang tidak diingini orang ramai.

Kaum anarkis dan Marxsis telah menjadi musuh semenjak tahun 1860. Meski kadang-kadang mereka bekerja sama menentang musuh bersama-sama seperti Czarist selana revolusi Russia dan fasis Sepanyol selama perang saudara Sepanyol, dan para komunis selalu mengkhianati anarkis. Dari Karl Marx Joseph Stalin, kaum Marxsis selalu mencela Anarkisme.

Beberapa anarkis, pengikut Kropotkin, menjuluki diri mereka sebagai "komunis" - tetapi bukan Komunis. Namun mereka membezakan komunisme yang mereka praktikan, yang di organisasikan dari bawah - pengambil-alihan tanah, kemudahan dilakukan secara sukarela dan mereka bekerja di komuniti tempatan di mana orang-orang saling mengenal satu sama lain - Berbeza dengan Komunisme yang dipaksa melalui Negara, menasionalisasi tanah dan kemudahan pengeluaran, menolak semua bentuk autonomi tempatan, dan mereduksi para pekerja menjadi pegawai-pegawai Negara. Apakah kedua-dua sistem ini kurang berbeza?

Pihak Anarkis menerima dan bahkan menyertai di dalam kejatuhan Komunisme Eropah. Beberapa anarkis dari luar membantu para pembangkang blok timur - sebagaimana yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan AS - selama bertahun-tahun. Para anarkis sekarang justeru banyak aktif di Negara-negara bekas penjajahan Komunis.

Kejatuhan Komunis memang banyak menjatuhkan imej kiri-Amerika, tapi bukan para anarkis, banyak dari para anarkis sendiri tidak menganggap diri mereka sebagai orang kiri. Anarkis sudah ada sebelum Marxsisme dan masih ada selepasnya.

Bukankah para anarkis menggunakan kekerasan?

Pihak Anarkis tidak sebrutal kaum demokrat, republikan, liberal dan konservatif. Orang-orang ini kelihatan tidak berbahaya kerana mereka menggunakan Negara untuk melaksanakan semua kerja kotornya - untuk menggunakan kekerasan demi kepentingan mereka. Kekerasan tetaplah kekerasan. Menggunakan seragam atau mengibarkan sebuah bendera tidak boleh mengubah definisinya. Negara adalah defiinisi dari kekerasan itu sendiri. Tanpa menggunakan kekerasan yang mereka gunakan kepada leluhur anarkis kita - para 'hunter-gatherers' dan petani - tidak akan pernah ada yang namanya Negara sekarang ini. Beberapa anarkis memang menghalalkan keganasan - tapi seluruh bentuk Negara melakukan kekerasan setiap hari.

Beberapa anarkis, di dalam tradisi Tolstoy, adalah pasifis dan menolak keganasan secara prinsip. Sejumlah kecil anarkis percaya strategi untuk melawan Negara dengan kekerasan. Kebanyakan anarkis percaya akan mekanisme mempertahankan diri juga menghalalkan beberapa peringkat penggunaan kekerasan di dalam situasi revolusi.

Isu sebenarnya bukanlah pro kekerasan melawan anti-keganasan. Tapi aksi langsung. Para anarkis percaya bahawa masyarakat - seluruh masyarakat - harus memutuskan nasib mereka ke tangan mereka sendiri, secara individu mahupun kolektif, entah melakukan sesuatu yang sah ataupun illegal, entah itu harus dicapai dengan kekerasan atau tanpa-kekerasan.

Apa struktur sosial sebenarnya dari sebuah masyarakat yang anarkis?

Kebanyakan anarkis belum benar-benar "yakin." Kerana dunia akan menjadi sangat berbeza setelah kerajaan telah dihapuskan.

Pihak Anarkis tidak biasanya menawarkan cetak biru, tapi mereka menawarkan cara-cara menuju hal tersebut. Mereka berpendapat bahawa 'mutual aid' - kerjasama berbanding pertandingan - adalah asas yang utama di dalam kehidupan sosial. Mereka adalah individualis di dalam sudut pandang di mana mereka berpendapat bahawa masyarakat wujud demi kepentingan individu, bukannya sebaliknya. Mereka menawarkan desentralisasi, yang bererti asas dari masyarakat haruslah tempatan, komuniti yang berkaitan langsung. Komuniti seperti ini lalu difederasikan - di dalam hubungan saling menguntungkan - tetapi hanya untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh komuniti tempatan. Desentralisasi anarkis memainkan-balikan hirarki atas-bawah. Sekarang ini, semakin tinggi level dari pemerintahan, semakin besar kekuasaannya. Dibawah anarki, level tinggi dari organisasi bukanlah kerajaan sama sekali. Mereka tidak mempunyai kekuatan koersif, dan semakin tinggi levelnya, semakin sedikit tanggung jawab yang akan di agihkan kepada mereka dari bawah. Namun tetap, para anarkis tetap waspada apabila persekutuan berubah menjadi birokrasi dan statik. Kita semua adalah utopian tapi juga realis. Kerana itu kita perlu memantau persekutuan sedekat-dekatnya. Sebagaimana yang dikatakan oleh Thomas Jefferson, "perhatian yang abadi adalah harga dari kemerdekaan."

Kata-kata akhir?

Winston Churchill, seorang ahli politik alkoholik penyakitan dari Inggeris dan penjahat perang, pernah menulis bahawa "demokrasi adalah sistem terburuk bagi kerajaan, kecuali untuk yang lain." Anarki adalah sistem terburuk bagi masyarakat - kecuali yang lain. Setakat ini, semua tamadun (masyarakat Negara) telah runtuh dan disukseskan oleh masyarakat anarkis. Masyarakat Negara tidak stabil secara inheren. Cepat atau lambat, tamadun kita juga akan runtuh. Tidaklah terlalu awal untuk mula berfikir mengenai pengganti dari masyarakat ini. Para anarkis telah memikirkannya lebih dari 200 tahun. Kami punya sebuah awal. Kami mengundangmu untuk menjelajah idea-idea kami - dan untuk bergabung dengan kami di dalam usaha untuk membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Labels

007 Legends (1) 007 Legends repack (1) 007 Legends-Black Box (1) 007 Legends-Black Box repack (1) 2K Games (1) 2K Marin (1) Action (8) Action RPG (5) Activision Blizzard (3) Alan Wake American Nightmare (1) Alan Wake American Nightmare-Black Box (1) ANARCHY (5) Antara AES dan pemandu kereta perasan bijak (1) antivirus (6) ARTIKEL (90) Bethesda Softworks (2) Binary Domain (2) BioShock 2 (1) BioWare Corporation (1) bitComposer Games (1) Bugbear Entertainment (1) Call of Duty: Modern Warfare 3 (1) Call of Duty: Modern Warfare 3-Black Box (1) CARDING (3) CD Projekt Red Studio (1) CERITA (7) CRACKER (18) Crysis 2 (1) Crytek Studios (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition (1) Dark Souls: Prepare to Die Edition-Black Box (1) Darksiders (1) Darksiders II (1) Deface (1) Devil's Details (2) Digital Extremes (1) Doom 3:BFG Edition (1) Doom 3:BFG Edition-Black Box (1) EA Sports (1) Electronic Arts Inc. (4) ENGLISH MOVIE (29) Eurocom Entertainment Software (1) event (1) Exploit (76) FABLE III (1) Facebook Game Hack (1) FIFA 13 (1) FIFA 13-Black Box (1) Flashing (1) Flying Wild Hog (1) From Dust (1) From Dust-Black Box (1) From Software (1) gba games (1) Global Ops: Commando Libya (1) Global Ops: Commando Libya-Black Box (1) GORE (1) Hard Reset (1) Hard Reset-Black Box (1) HIJACK (2) History (3) id Software (1) iklan. (4) Infinity Ward (1) INFO (35) iPhone Jailbreak (9) ISU SEMASA (33) JOB (1) JOOMLA (1) KILLUMINATI (7) Konami (1) Lain-Lain Trick (1) LionHead Studios (1) MAKE MONEY (1) MALAY MOVIE (15) Mass Effect 2 (1) Max Payne 3 (1) Max Payne 3-Black Box (1) Maxis (1) Microsoft Game Studios (1) misteri (4) MOBILE (1) MUJAHID (27) music album mp3 (20) n-gage (1) Namco Bandai Games (3) NDS (1) Notepad Trick (1) OS (5) OTHER MOVIE LANGUES (8) PC GAME (141) photo (5) political (2) Pro Evolution Soccer 2013 (1) Pro Evolution Soccer 2013-Black Box (1) Prototype 2 (1) Prototype 2-Black Box (1) PS VITA (4) PS3 GAME (32) PSN GAME (6) PSP (7) PSPGAMES (4) puisi (1) putlocker games (5) Racing (1) Radical Entertainment (1) religion (12) Remedy Entertainment (1) repack game (1) REVEAL (32) Ridge Racer Unbounded-Black Box (1) Rockstar Games (1) S60v2 (1) Samsung U1000 (1) SEGA (2) SEO (2) Shooter (2) Shooting (2) Soalan bocor SPM 2012 ada di sini (1) Soft Skills Guide (1) software (31) Spectral Games (1) Sport (2) Strategy (1) SYSTEME (3) The Darkness II (1) The Darkness II-Black Box (1) The Elder Scrolls V: Skyrim (1) The Elder Scrolls V: Skyrim-Black Box (1) The Sims 3 (1) The Sims 3 Complete (1) The Sims 3 Complete-Black Box (1) The Witcher 2: Assassins of Kings (1) THQ Inc (2) tips (1) TOKOH (1) tool (2) Tutorial (30) TWEAK (6) Ubisoft Studios (1) UNDERGROUND (4) video movie (1) video music (1) Vigil Games (2) Website Hack (1) wii (2) XBOX360 (7) xboxone (1)

Total Pageviews

Blog Archive

LIST