Sakit itu nikmat. Sebab apa? Sekurang-kurangnya kita boleh mengetahui sejauh manakah sistem pertahanan kita mampu melawan penyakit. Sakit macam demam, batuk, selesema itu dikira sebagai sakit yang biasalah. Rata-rata manusia mesti pernah kena demam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Aku jarang sakit. Bukanlah sebab aku mengamalkan gaya hidup yang sihat pun. Aku jarang bersenam. Tapi tak tahulah kalau mengejar bas, mengejar keretapi waktu nak ke pejabat tu dikira sebagai aktiviti senaman. Adegan kejar-mengejar kenderaan awam ialah adegan yang biasa aku buat setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada waktu puncak.
Baru-baru ini aku diserang demam yang agak kuat. Suhu badan meningkat, seram sejuk, lagi-lagi kalau sebelah malam. Rasa macam kena denggi pun ada. Aktiviti demam teruk ni sebenarnya aktiviti tahunan bagi aku, sebab setiap tahun pun memang macam ni. Dulu aku pun pelik, kenapa jarang-jarang sakit? Tapi bila sakit, memang kena kaw-kaw punya, macam kopi o kaw.
Tapi sakit ni bagus sebenarnya. Bagi orang yang jarang sakit macam aku ni, aku boleh tahu sejauh manakah keupayaan sistem pertahanan badan aku untuk kembali pulih. Pada waktu artikel (artikel la sangat) ini sedang ditaip, aku masih lagi dalam proses menyembuhkan diri. Dah dekat seminggu jugalah demam ni.
Lagi satu, masa ni la Allah nak uji kesabaran kita. Baru sakit sikit je bro, takkan la tak boleh tahan kan? Jadi baguslah sebenarnya sakit ni. Nak cerita pun malaslah, boleh gunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya untuk mencari hadis tentang hikmah sakit ni.
Kesimpulan yang dapat aku buat, kalau sakit tu, tak perlulah nak mengeluh. Bersyukurlah sebab Tuhan nak uji kita. Insan-insan terpilih je yang diberi ujian ni. Kalau para nabi dan rasul, ujian diorang lagilah dahsyat. Alhamdulillah.
Oh ye, jangan lupa habiskan antibiotik anda.

ooo oh.. ok.. good info
ReplyDeletehehehe
ReplyDelete