Tajuk : Sebuah Mimpi Ngeri !
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Langit biru bertukar jadi hitam-kelam, guruh berdentum, kilat lantas sambar menyambar.Angin di puncak pergunungan yang lembut bertukar menjadi ribut kencang.Hujan turun dengan lebat sekali, air lautan di kaki gunung bertukar menjadi ombak ganas.
Gunung meletup dan terbelah, bangunan tinggi dan mewah dipuncak gunung ranap dengan sekelip mata, ribuan manusia berkaparan hanyut, ada yang lemas dan ada yang terus tenggelam …..ahh… aku terkejut , lantas bangkit dari tidurku sambil mengesat peluh didahi…masyaAllah betapa dasyat mimpi yang ku alami tadi…
Keesokan harinya aku terus termenung mengenangkan mimpi ngeri semalam, lalu cuba menduga-duga… bahawa suatu masa dahulu aku pernah melihat kawasan pergunungan dan bangunan-bangunan seperti itu, tapi dimana ya? Ahh… lupakan saja mimpi itu, orang kata mimpi itu mainan tidur….
Selang seminggu selepas itu, aku utarakan kisah mimpi itu kepada guruku…. Dengan muka dan nada selamba dia berkata… “Cubalah cari di mana agaknya lokasi tersebut…benda tu tak mustahil jika Allah swt mahukan ia terjadi”.Sambung guruku lagi “ mungkin ia akan berlaku di negara kita pula”.
Dari mimpiku, ada beberapa kata kunci, antaranya ; puncak gunung, ada banyak bangunan tinggi dan hebat, ada banyak alat permainan, ada ribuan manusia….
Lalu aku mengagak….kalau nak berlaku pun ia mungkin akan berlaku ditempat yang ada paling banyak dosa dan maksiat! Dimanakah agaknya tempat itu???
“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
[Al-Maidah 90-91]
Setelah beberapa hari membuat sedikit research tentang tempat maksiat di gunung, maka terjumpalah aku dengan beberapa perkara yang mengejutkan diriku sendiri :
Top-10 largest casinos by number of employees
1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500
MasyaAllah, rupa-rupanya tempat perjudian terbesar terdapat di Negara kita, bukannya di Las Vegas atau Atlantic City, tapi di Pergunungan Ulu Kali dimana terletaknya pusat peranginan Genting Highland!!! Mungkinkah Dajjal telah menjejakkan kakinya di sana???
Kepada umat melayu-islam yang suka pergi berhibur, berjudi atau membuat maksiat dipuncak Gunung Ulu Kali atau di Genting Highland, aku mohon kalian bertaubat dan kembalilah ke jalan Allah swt.Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Dengar khabarnya ada juga 'kumpulan tertentu' membawa orang melayu-islam untuk murtad dipuncak gunung itu! minta dijauhkan dari Allah swt agar semua itu tidak berlaku keatas diri kita dan keluarga kita.
Semoga apa yang aku lihat di dalam mimpiku itu tidak akan terjadi dan ianya hanyalah sebuah mimpi ngeri mainan tidur sahaja. Aku doakan semoga Negara kita aman dari segala macam bencana dan murka Allah swt!!!Entah mengapa aku merasakan terdetik dihati untuk menulis entry ini... aku pun tidak tahu...
Anda boleh baca beberapa artikel menarik tentang perjudian di Genting Highland disini :
klik 1
klik 2
klik 3
klik 4
* [ Artikel ke- 234 Sangtawal Sakranta ... ]

No comments:
Post a Comment