BUTTERWORTH – Macam-macam cara orang menipu. Dalam kejadian di Sungai Puyu dekat sini, seorang wanita kerugian RM11,000 apabila mendakwa diperdaya jururawat peribadi arwah ibunya yang menghidap kencing manis.Norida Abdul Rahim, 50, mendakwa, kejadian itu berlaku sebaik dia mendapatkan khidmat jururawat bergelar Premila, 20-an, selepas dicadangkan oleh seorang kakitangan Hospital Seberang Jaya awal Januari lalu.
Dakwanya, mereka sekeluarga pada mulanya senang dengan tingkah laku wanita tersebut memandangkan dia cepat mesra, bermulut manis dan mengambil berat terhadap ibunya walaupun dikenakan caj rawatan yang tinggi. Ibu Norida telah meninggal dunia Jun lalu.“Premila yang berbadan gempal merupakan pemilik sebuah pusat kejururawatan di sini. Dia begitu baik dan mesra dengan saya sekeluarga.
“Bagaimanapun, tidak sampai sebulan, dia minta pinjam RM4,500 dengan alasan bapanya sakit jantung dan berjanji membayarnya selepas Tahun Baru Cina tetapi tidak dilunaskan,” ceritanya.Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Premila yang pandai bermuka-muka memberitahu yang dia mengenali orang dalam di syarikat automotif BMW di Kanada lalu mencadangkan supaya anak lelaki Norida dihantar mengikuti latihan sambil bekerja di sana.Menurut Norida, Premila turut berjanji untuk membiayai perjalanan Norida sekeluarga ke sana dan menguruskan proses dokumentasi tetapi perlu membayar RM3,000 sebagai ikatan (bon) pengesahan kepada syarikat itu.
“Kami sekeluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran selain memohon cuti selama seminggu untuk ke sana. Sebagai tanda terima kasih, saya belikan iPhone kepadanya,” katanya lagi yang mendakwa memberi RM4,000 lagi kepada suspek sebagai pinjaman.Bagaimanapun katanya, dia mula ragu-ragu apabila melihat surat tawaran yang beralamat di Kajang itu mempunyai beberapa kesilapan dalam ejaan.
“Tembelang Premila pecah apabila saya mengetahui yang tawaran itu tidak wujud selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia BMW Motors Malaysia pada 13 April lalu,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas pada 18 April lalu.Ujar Norida, dia telah menghentikan khidmat Premila sejak April lalu selepas gagal mendapatkan wangnya semula dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika didekati wanita tersebut.
KATA ULAN ; penipuan yang sangat licik oleh Premila si jururawat nie.. sampai hati dia mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain.. Harap harap jururawat penipu ini ditangkap dengan segera untuk mengelakkan dia menipu orang lain pula…

No comments:
Post a Comment